"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

23 July 2015

Pemilihan Jantina Bayi

Merancang dalam memilih jantina anak adalah perkara biasa yang dialami oleh mana-mana pasangan ibubapa. Perkara ini seringkali menjadi impian setiap pasangan. Namun pemilihan jantina bayi yang bakal dilahirkan juga dilakukan atas alasan tertentu seperti:

·           Kesihatan – Ini adalah kerana kaum lelaki mudah mendapat beberapa penyakit genetik seperti hemofilia, duchenne muscular dystrophy dan sindrom Lesh-Nyhan.

·           Sosial – Anak lelaki dikaitkan sebagai pemimpin dan akan menjadi ketua keluarga dan pewaris harta. Manakala anak perempuan lebih mudah dididik dan dilenturkan.

·           Ekonomi – Ada juga pasangan yang hanya inginkan anak sepasang (seorang lelaki dan seorang perempuan) dalam keluarga mereka. Ditambah lagi dengan masalah ekonomi keluarga, maka ramai pasangan yang hanya inginkan satu atau dua orang anak sahaja.

·           Perubatan – untuk mengelakkan masalah kesihatan berkaitan dengan baka yang dibawa oleh satu jantina untuk mengelakkan penyakit itu diwarisi generasi hadapan.

Namun dari perspektif etika pula adalah tidak digalakkan memilih jantina. Ini boleh mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan antara jantina. Manakala ditakuti akan berlakunya kes-kes pengguguran bayi sekiranya jantina yang dihajati tidak kesampaian.

Walau bagaimanapun tidak menjadi kesalahan jika pasangan itu ingin mencuba dan tidak kisah jika jantina sebaliknya yang muncul. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.


No comments:

Post a Comment