"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

01 June 2015

Tenang Hadapi Kelahiran

Perasan takut pasti akan menghantui ibu hamil menjelang hari kelahiran. Apatah lagi jika ini adalah kelahiran yang pertama. Namun perlukah perasaan itu dibiarkan saja menyelubungi diri Mama sedangkan ibu hamil haruslah berada di dalam keadaan stabil baik dari segi fizikal mahupun mental.
Terdapat beberapa tip yang mungkin boleh membantu Mama mengurangkan stress menjelang detik-detik kelahiran kelak.

Avokado

Buah yang mengandungi vitamin A, kalsium, fosforus, zat besi dan juga vitamin C. Selain itu, kandungan lemak buah avokado boleh menghasilkan minyak pelincir secara semulajadi pada sendi tubuh seperti leher, pergelangan tangan dan kaki. Ia juga mampu menurunkan kadar kolesterol dan melindungi Mama dari serangan jantung.

Cari Informasi

Cari informasi mengenai pra kelahiran. Mama boleh bertanyakan ia dari kenalan yang sudah mempunyai anak, ibu Mama atau sanak saudara. Mama juga boleh mendapatkan informasi dari majalah ataupun internet. Dengan cara itu, Mama tahu apa yang perlu Mama lakukan.

Tempat Mengadu

Wajar jika Mama berasa risau atau takut menjelang detik-detik kelahiran. Apa kata anda cari tempat untuk mengadu tentang perasaan Mama itu. Mungkin Mama boleh berkongsi ia dengan ibu, suami atau teman-teman rapat Mama. Dengan cara itu, Mama akan berasa lebih lega.

Tenang

Cuba lakukan perkara-perkara yang dapat menenangkan Mama seperti bersiar-siar, bergurau senda bersama suami dan sebagainya. Dengan melakukan perkara-perkara yang menyeronokan Mama dapat menenangkan diri.

Berdoa

Sebaiknya Mama berbanyakkan berdoa agar segala proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar dan selamat. Amalkan doa-doa bagi ibu hamil, hafal dan baca pada ketika waktunya nanti.

No comments:

Post a Comment