"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

09 June 2015

Panduan Jimat Berbelanja

Menanti kelahiran cahaya mata merupakan satu pengalaman indah yang sangat dinantikan. Kehadirannya adalah sebagai pengerat dan penyeri sesebuah rumahtangga. Anak adalah amanah Allah SWT kepada setiap pasangan untuk dididik dan diasuh dengan ajaran Islam yang sempurna. Kehadiran cahaya mata seringkali dikaitkan dengan bertambahnya rezeki ibubapa. Walaupun begitu, dalam menanti kehadiran si comel, kebanyakan pasangan mengabaikan aspek perbelanjaan yang bakal mengiringi cahaya mata mereka.

Antara perbelanjaan yang perlu difikirkan seperti perbelanjaan untuk lampin, susu, pakaian harian, yuran taska dan sebagainya. Langkah bijak sekiranya anda mula membuat bajet dengan memikirkan perkara ini lebih awal. Cuba ikut panduan ini.


Langkah 1 (Teliti Status Kewangan Anda)

Setiap kelahiran, peningkatan bajet bulanan akan berlaku antara RM200 – RM1,000 untuk perbelanjaan lampin, susu, yuran taska, perubatan dan sebagainya. Namun, perlu diingat jangan abaikan komitmen yang sedia ada seperti pembiayaan rumah, kereta dan sebagainya kerana ia juga sebahagian daripada tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Selain keperluan si comel, jangan lupa keperluan buat ibu selepas bersalin seperti kos bersalin, upah tukang urut, kelengkapan berpantang dan sebagainya.


Langkah 2 (Senarai Semak)

Buat satu senarai semak untuk menentukan barangan keperluan bayi dan ibu yang ingin dibeli kelak. Kategorikan setiap barangan mengikut keperluan seperti pakaian, perkakas mandian anak, perabot anak, kos bersalin ibu dan anak, kelengkapan berpantang ibu dan lain-lain. Pecahan mengikut kategori memudahkan anda untuk mengenalpasti barangan yang perlu disediakan nanti. Ingat! Berbelanja mengikut keperluan yang perlu serta selari dengan bajet yang ada. Jangan membuat pembelian mengikut nafsu. Di samping itu, sediakan lagi satu kategori iaitu keperluan kecemasan, ini sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku kes-kes kecemasan seperti isteri atau bayi terpaksa menjalani pembedahan atau rawatan susulan semasa dan selepas kelahiran.


Langkah 3 (“Survey” Harga)

Jadikan senarai semak sebagai panduan di dalam membuat sesuatu pembelian. Luangkan satu hari bersama pasangan anda untuk melakukan “survey” harga di pasaraya atau kedai-kedai bayi yang berhampiran dengan anda. Bandingkan harga jenama-jenama yang berbeza dan catitkan pada senarai semak anda. Ingat! Jangan terpengaruh dengan jenama yang terkenal sahaja. Anda masih mempunyai alternatif membeli barang yang sama kualitinya setanding dengan barangan berjenama, tetapi pada harga yang lebih rendah. Sebagai panduan mengurangkan beban perbelanjaan, anda disarankan membeli sesuatu keperluan barangan mengikut masa kegunaannya kerana yang anda rasa perlu dibeli sebaik sahaja bayi dilahirkan sebenarnya hanya diperlukan apabila bayi anda lebih besar kelak. Anda juga boleh melakukan “survey” harga di kedai-kedai “online”, selain harga yang ditawarkan lebih murah, anda juga dapat melakukan “survey” pada bila-bila masa dengan penuh keselesaan. Sebagai langkah penjimatan berbelanja, cuba beli barangan apa yang dirasakan perlu sahaja.


Langkah 4 (Guna Semula)

Jom amalkan guna semula barangan bayi. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai barangan bayi yang boleh kita gunakan semula seperti buaian, katil bayi, kereta tolak, “walker” dan banyak lagi. Selalunya barangan ini hanya digunakan hanya seketika pada usia bayi tertentu sahaja. Anda boleh bertukar-tukar guna barangan bayi atau meminjam bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. Dengan cara ini anda dapat menjimatkan perbelanjaan di samping mengelakkan pembaziran daripada berlaku.


Langkah 5 (‘ Wish List”)

Selalunya, ahli keluarga, kawan-kawan dan syarikat tempat kita bekerja akan menghadiahkan sesuatu untuk si comel. Di sini anda perlu kreatif untuk memberitahu kepada mereka wish list” yang anda mahu. Oleh kerana mereka kekurangan idea untuk mencari barangan yang hendak dihadiahkan, akhirnya mereka membeli barangan seperti permainan atau lain-lain barangan yang telah anda sedia ada. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, adalah lebih praktikal untuk anda menyenaraikan “wish list” tersebut dan kemudian, sebarkan senarai tersebut melalui blog anda dan rangkaian-rangkaian sosial yang lain agar sahabat handai anda boleh menghadiahkan barangan tersebut kepada anda.


No comments:

Post a Comment