"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

12 June 2015

Tempoh Subur

Isteri dapat membantu menyempurnakan proses kehamilan dengan mengetahui tempoh kesuburannya. Hubungan intim dengan suami pada waktu subur ini akan meningkatkan peluang anda untuk hamil.

Anda boleh mengira waktu subur dengan mengetahui kitaran haid anda – iaitu hari pertama darah haid bermula sehingga ke hari pertama darah haid seterusnya. Jumlah hari di antara kedua-dua hari itu adalah kitaran haid anda. Fahami istilah ini “HARI PERTAMA HAID TERAKHIR”.


Namun, perlu diketahui bahawa setiap kitaran haid adalah berbeza-beza bagi setiap wanita iaitu antara 22 hari hingga ke 44 hari. Kebiasaannya ialah selama 28 - 30 hari. Bagi wanita yang mengalami kitaran haid yang tetap, tempoh subur dapat dijangka dengan mudah. Lazimnya ovulasi terjadi pada hari ke 11 hingga ke 21 kitaran haid wanita, dikira dari hari pertama darah haidnya semula. Jadi anda perlu sentiasa mencatatkan tarikh datangnya haid anda setiap bulan di dalam dairi atau kalendar untuk memudahkan anda mengiranya di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment