"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 June 2015

Ingin Hamil

Terdapat segelintir pasangan, setelah berkahwin, mereka tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata untuk menceriakan lagi mahligai yang telah dibina. Ini selalunya disebabkan oleh faktor usia yang sudah meningkat. Malah, terdapat juga pasangan yang mula rasa kecewa dan bimbang apabila tidak juga hamil walaupun usia perkahwinan baru memasukki tahun pertama. Jangan panik! Banyakkan berdoa serta berusahalah, antara panduan yang boleh diamalkan ialah :

Kualiti Hubungan

Perlu ketahui bahawa kekerapan hubungan intim bersama pasangan tidak menjanjikan isteri anda akan hamil secepat yang anda jangkakan. Perkara yang harus anda ketahui adalah bila waktu subur isteri anda? Wanita mempunyai waktu tertentu yang menandakan mereka sedang subur. Pelajari dan tentukan bersama waktu subur tersebut untuk meningkatkan peluang untuk hamil.

Kebersihan Vagina

Pastikan kebersihan vagina berada pada tahap kebersihan maksimum. Ini bagi memastikan vagina bebas daripada menjadi tempat terkumpulnya bakteria dan kuman yang memudahkan vagina dijangkiti masalah keputihan. Masalah keputihan boleh menjadi penyebab kegagalan anda untuk hamil kerana sperma sukar untuk sampai ke telur.


Ketenangan

Jangan stress, hubungan intim yang dilakukan perlu dalam keadaan harmoni , selesa dan tidak tergesa-gesa. Hayati setiap detik dengan tenang atas dasar suka sama suka serta tidak tertekan atau terdesak kerana memikirkan ingin hamil yang menebal dalam diri masing-masing. Hubungan yang dilakukan sewaktu anda dalam keadaan stress (termasuk stress kerana masih gagal hamil) akan menghilangkan kenikmatan hubungan itu sendiri sekaligus mengurangkan peluang untuk anda hamil. Ingat! stress boleh mengganggu proses untuk hamil.


No comments:

Post a Comment