"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

24 June 2015

Proses Kejadian Manusia

Asal kejadian manusia (Adam) dicipta oleh Allah daripada tanah hitam. Kemudian baru ditiupkan roh. Sementara kejadian manusia kedua, iaitu Siti Hawa daripada tulang rusuk. Setelah itu barulah diciptakan anak kepada kedua-duanya (Adam dan Hawa) daripada setitis mani. Kemudian, berkembang biak menjadi suku dan bangsa-bangsa sehingga hari ini.

Di dalam rahim ibu, dari setitis air mani dan telur ibu menjadi segumpal darah. Dari segumpal darah menjadi seketul daging dan tulang. Kemudian ditiupkan roh kedalamnya. Itulah asal kejadian manusia.

Firman Allah:

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; akan menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberikan bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.”
(Surah al-Hijr: 28-29)

Firman Allah Lagi:
“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu daripada asalnya seorang diri (Adam) dan daripadanya pula diciptakan seorang isteri (pasangan) dan daripada kedua-duanya melahirkan keturunan yang banyak, yang terdiri daripada pasangan lelaki dan wanita.”
(Surah an-Nisa: 1)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hendaklah kamu sering berpesan dan ingat-mengingatkan sesuatu yang baik kepada para wanita (isteri-isteri kamu), kerana sesungguhnya mereka dicipta daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah terletak di bahagian teratas sekali.”

(Riwayat Bukhari)


Firman Allah:

“Sesungguh Kami menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati air mani (nutfah) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Dari nutfah (benih) Kami proses menjadi ‘alaqah (segumpal darah), dari ’alaqah menjadi mudghah (segumpal daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu Kami balut pula dengan daging. Setelah itu Kami ciptakan makhluk baru berbentuk lain. Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik.”

(Surah Al-Mukminum: 12-14)


Firman Allah lagi bermaksud:

“Dan setelah (sempurna proses kejadian) itu Kami tempatkan makhluk baru itu dalam rahim dengan (kadar masa) yang Kami kehendaki sehingga batas waktu yang ditentukan, kemudian Kami keluarkan (zahir) kamu selaku bayi.”

(Surah Al-Hajj: 5)


Fetus adalah percantuman benih wanita (telur) dan lelaki (sperma). Fetus inilah yang dipanggil embrio dalam tempoh enam hingga lapan minggu kehamilan.


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud r.a katanya; Rasulullah s.a.w.telah bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam rahim ibunya sejak air mani (nutfah) selama 40 hari sehingga menjadi segumpal darah (‘alaqah). Kemudian setelah itu dijadikan pula seketul daging (mudghah) dibiarkan pula selama 40 hari. Kemudian, barulah diutuskan kepadanya malaikat bagi ditiupkan roh.

Setelah itu barulah dicatakan empat perkara; iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan kecelakaannya atau kebahagiannya. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amalan ahli syurga sehingga jarak di antaranya dengan syurga cuma sehasta, tetapi oleh kerana ia telah ditentukan sebelum itu sebagai ahli neraka, maka ia pun beralih mengerjakan amalan ahli neraka. Ketika itu ia mati, maka masuklah ia ke dalam neraka. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amalan ahli neraka sehingga jarak di antaranya dengan neraka cuma shasta, tetapi oleh kerana sebelum itu ia telah ditentukan sebagai ahli syurga, maka ia beralih mengerjakan amalan ahli syurga. Ketika itu ia mati, maka masuklah ia ke dalam syurga.”

(Riwayat Imam Bukhari dan Imam muslim)

Proses Kejadian Manusia

1.      Air mani (lelaki) + Telur (benih wanita) = 40 hari
2.      Segumpal Darah (‘Alaqah) = 40 hari
3.      Seketul Daging (Mudghah) = 40 hari
4.      Ditiupkan roh
5.      Dicatatkan 4 perkara
·      Rezeki
·      Umur
·      Amalan
·      Celaka / Bahagia


No comments:

Post a Comment