"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

22 June 2015

Persenyawaan Dan Kehamilan

Zuriat secara asasnya akan terhasil apabila berlakunya percantuman antara sel lelaki dan sel perempuan. Hormon yang terhasil dari testis lelaki dan pada ovari pada wanita mempengaruhi pembentukan perwatakan serta jantina zuriat yang bakal dilahirkan.

Umumnya, lelaki akan mengeluarkan sperma dan wanita akan mengeluarkan telur dan apabila kedua-dua unsur ini bercantum, akan terbentuklah zigot. Zigot yang terbentuk mengandungi unsur-unsur genetik yang mana akan membuatkan bayi yang bakal lahir itu akan memiliki genetik daripada kedua-dua ibubapanya.

Sistem Reproduktif Lelaki

Zakar, saluran mani, karung mani dan kelenjar prostat merupakan organ-organ pembiakan lelaki. Umumnya, zakar mempunyai banyak sel-sel yang akan membentuk sperma. Untuk pengetahuan, sel-sel normal mengandungi 46 rangkaian kromosom. Apabila sel-sel ini membentuk sperma, bilangan kromosom menjadi separuh iaitu 23. Kromosom inilah baka dan ciri genetik diturunkan kepada anak.


Sistem Reproduktif Wanita

Organ pembiakan wanita ialah ovari. Ovari akan mengeluarkan telur atau ovum. Ketahuilah bahawa tanpa ovum ataupun telur, kehamilan tidak mungkin berlaku. Ovari akan menghasilkan sel-sel yang akan membentuk ovum. Ovum adalah satu struktur yang amat kecil dan mempunyai nukleusnya sendiri. Bilangan kromosom yang ada dalam ovum pun separuh (23) seperti yang ada pada sperma.Ovum lazimnya boleh hidup selama 24 hingga 28 jam selepas dikeluarkan oleh ovari.


Persenyawaan

Persenyawaan akan terjadi sekiranya hubungan kelamin dilakukan dalam tempoh 48 jam ketika ovulasi. Sperma yang sampai ke vagina akan terus ke salur fallopio melalui uterus. Daripada jutaan sperma yang dikeluarkan, hanya beberapa sahaja yang dapat hidup dalam salur fallopio untuk disenyawakan dengan ovum. Sperma akan bercantum dengan ovum melalui membran luar telur. Dalam jangkamasa 24 jam, pembahagian sel akan berlaku. Ini menandakan proses kehamilan akan berlaku.

Jantina bayi akan ditentukan pada masa persenyawaan. Semua bayi mempunyai 46 kromosom, yang membawa gennya, yang menentukan warna rambut, mata serta bentuk hidungnya. Separuh daripada kromosom itu diwarisi daripada ayah dan separuh lagi daripada ibu.

Info

Hubungan seks bagi wanita, akan merangsang pelepasan oksitosin. Ia menyebabkan perasaan seseorang wanita menjadi lebih baik, tenang dan selesa. Bagi suami pula, hubungan seks menyebabkan pengaliran hormon testosteron, perkara ini amat baik untuk memperkuatkan tulang, otot dan membantu sistem imun tubuh.

Oleh itu, ternyatalah bahawa hubungan seksual memang mempunyai nilai kesihatan yang positif kepada tubuh seseorang. Lebih-lebih lagi jika suami dan isteri menikmati dan mencapai orgasma bersama semasa melakukan hubungan seksual ini sehingga peningkatan pelepasan hormon-hormon tersebut menjadi optimum.


No comments:

Post a Comment