"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

26 June 2015

Adab Berjimak

Masa dan ketika melakukan jimak antara suami dan isteri adalah suatu yang sepatutnya diambil perhatian, kerana menurut keterangan hadis hubungan suami isteri itu akan memberi kesan terhadap peribadi anak-anak. Contohnya jika seseorang itu membaca doa dan mengikut adab-adabnya ketika hendak melakukan jimak maka syaitan tidak dapat mengganggunya.

Info : “Adab Berjimak Mempengaruhi Perwatakan Anak Yang Bakal Lahir”.

1.      Sunat dimulakan hubungan intim dengan bacaan:
Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Amat Mengasihani.

2.      Sunat juga dibaca pada permulaan hubungan intim:
a.    Surah Al-Ikhlas
b.    Takbir
c.    Berzikir

3.      Sunat membaca doa berikut:
Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Ya Tuhanku jadikanlah dia (air mani dan benih) zuriat yang baik, jika engkau takdirkan ia keluar daripada sulbiku.

Atau baca doa:
Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkan kami daripada syaitan serta jauhkanlah syaitan (dari kami) dari rezeki yang diberikan kepada kami.

4.      Apabila hampir hendak keluar air mani, sunat membaca doa berikut di dalam hati dengan tidak menggerakkan kedua bibir:
Segala puji bagi Allah yang mencipta manusia daripada air mani lalu menjadikan manusia itu mempunyai nasab keturunan yang suci bersih.

5.      Ketika melakukan hubungan intim disunatkan pasangan suami isteri menutup diri mereka dengan sehelai kain, sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
Apabila menjimak seseorang kamu akan ahlinya (isterinya) makan janganlah (makruh) keduanya bertelanjang seperti dua ekor keldai.

6.      Sunat menyukakan hati isteri sebelum melakukan hubungan intim dengan perkataan lemah lembut dan bergurau senda.

7.      Sunat mengambil air sembahyang sebelum melakukan hubungan intim.

8.      Sunat melakukan hubungan intim pada malam Jumaat dan Isnin.

9.      Imam Al-Ghazali berkata masa melakukan hubungan intim bolehlah diselangkan dengan jarak masa yang agak jauh, jangan terlalu kerap seperti tiap-tiap malam, ini boleh melemahkan tubuh badan.

10.   Selepas melakukan hubungan intim hendaklah tidur atas lambong kanan (mengiring ke kanan).

11.   Seketika kemudiannya disunatkan mandi, dan memakai bau-bauan.

12.   Antara tambahan adab berjimak ialah:

-       Membersihkan diri sebelum mula berjimak seperti mandi, bersugi, mencukur bulu ari-ari dan sebagainya.

-       Memilih masa dan tempat yang sesuai serta selesa dan jauh dari gangguan tetamu dan ahli keluarga.

-       Tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar.

-       Tidak tergesa-gesa

-       Jangan melakukan perkara diharamkan seperti berjimak di siang hari dalam bulan Ramadhan atau berjimak melalui dubur.

-       Elakkan melakukan aksi yang memudaratkan kedua belah pihak.

-       Jangan menyamakan rupa tubuh badan isteri dengan tubuh badan mahram seperti ibu, adik, kakak dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment