"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

18 June 2015

Masalah Kesuburan

LAZIMNYA, berkeluarga, mengandung dan bersalin adalah perjalanan hidup yang perlu dilalui oleh seorang wanita. Namun hakikatnya tidak semudah itu. Ramai wanita yang berdepan cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama, malahan tidak kurang yang mencuba bertahun-tahun lamanya tetapi masih gagal memperoleh hasil yang diharapkan.


Punca masalah

Walaupun ramai yang menyedari tentang masalah kesuburan dihadapi oleh pasangan, tetapi tidak ramai pula yang betul-betul memahami punca berlakunya keadaan ini. Masalah berat badan antara salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah kesuburan. Wanita yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi menghadapi lebih banyak kesukaran untuk mengandung. Bagi wanita yang ingin menimang cahaya mata, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengurangkan berat badan. Antara faktor lain penyumbang masalah kesuburan adalah:


Wanita

·           Gangguan Telur – Hormon yang tidak seimbang mengganggu proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang.

·           Saluran Fallopio Tersumbat – Ini terjadi disebabkan kemungkinan berlakunya jangkitan kuman di sebahagian atau keseluruhan tiub fallopio dan membuatkannya tersumbat.

·           Endometriosis – Ia berlaku apabila tisu dari selaput dalam rahim (endometrium) berkembang dan tumbuh di luar rahim.

·           Masalah Antibodi – Kes dimana antibodi menyerang sel sperma lelaki. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasukki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

·           Masalah Rahim – Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada wanita. Pemeriksaan ultrasound dapat membantu mengenalpasti punca masalah.

Lelaki

·           Sperma Tidak Matang – Masalah berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma berkualiti yang bebas bergerak serta mencukupi.

·           Masalah Penghijrahan Sperma  – Dalam kes ketidaksuburan lelaki, air mani yang dihasilkan mencukupi tetapi tidak dapat memasukki tubuh wanita melalui pancutan yang berlaku. Ini terjadi kerana saluran duktus yang membawa air mani tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah salur tiub fallopio yang tersumbat.


No comments:

Post a Comment