"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

16 June 2015

Inilah Masanya

Ketahui untuk menentukan hari subur diri sendiri dalam usaha merancang kehamilan. Antara panduan yang boleh digunakan ialah:


Suhu Badan

Suhu badan perlu diukur pada waktu awal pagi. Sebaiknya dilakukan sebelum mandi atau memberus gigi. Sukat suhu badan menggunakan alat jangka suhu digital. Jangan gunakan alat jangka suhu raksa kerana bacaan suhu sukar dibaca. Bacaan suhu badan yang tepat akan memudahkan anda menentukan waktu subur yang sebenar. Mulakan catat suhu badan sejak hari pertama haid anda.

Semasa ovulasi berlaku, suhu badan anda akan meningkat sehingga 36.7 darjah selsius (atau mungkin lebih) serta tidak akan turun. Inilah masa ovulasi berlaku dan ia dikatakan sebagai masa subur seorang wanita. Namum, hari ovulasi akan berubah-ubah setiap bulan mengikut kitaran haid.

Untuk pengetahuan bacaan suhu badan adalah rendah setiap pagi bagi wanita yang mengalami masalah kesuburan. Jika anda mengalami masalah ini, anda disarankan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.


Bendalir Pangkal Rahim

Lazimnya, sewaktu anda subur, terdapat bendalir pada pangkal rahim yang menyerupai putih telur mentah. Ia kelihatan jernih (tanpa warna) dan terhasil dalam jumlah yang banyak. Bendalir ini akan menjadi semakin pekat, kental dan berwarna keputihan serta kuantitinya akan berkurangan apabila proses ovulasi selesai. Anda akan dapati bendalir ini mudah untuk dilihat kerana ia selalunya melekat pada seluar dalam atau berada di sekitar alat sulit.


Pemeriksaan Pangkal Rahim

Pemeriksaan ini dapat anda lakukan dengan menyentuh pangkal rahim sendiri. Masukkan jari ke dalam alat sulit. Anda akan dapati pangkal rahim terletak tinggi di dalam faraj dan terasa lembut sewaktu tempoh kesuburan. Pastikan jari anda bersih semasa melakukan pemeriksaan ini dan sekiranya anda tidak yakin untuk melakukannya, dapatkan khidmat doktor yang berhampiran.


No comments:

Post a Comment