"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

24 January 2015

Mama Papa Yang Berilmu

Alhamdulillah. Anak-anak sudahpun mulakan persekolahan untuk tahun 2015. Cepat sungguh masa berlalu. Tahun baru muncul dan memberi kita ruang dan peluang memperbaiki diri menjadi insan dan ibu bapa yang lebih baik.

Si manja Mama juga sudah membesar. Terasa masih baru melahirkannya dam masih terbayang-bayang bagaimana sakitnya melahirkan anugerah Allah yang sangat bernilai ini.

Sebagai ibu bapa, ambil peluang untuk tambah ilmu keibubapaan agar kita dapat membentuk anak-anak menjadi anak yang soleh dan berakhlak tinggi. Malah dia perlu "dididik" sejak dalam kandungan lagi.

Ingat ya Mama dan Papa semua, sikap, tingkah laku dan amal kita akan mempengaruhi siapa si kecil kita. Ingin menjadikan anak hebat, kita perlu hebat. Oleh itu sebagai ibu bapa muda, Kak Engku suka menyarankan agar jangan berat hati mencari maklumat dan berkongsi pengalaman dengan orang yang lebih berpengalaman.

Dan melalui buku Manual Kehamilan Kak Engku telah melengkapkan pelbagai informasi bermula dari pra kehamilan, kehamilan, kelahiran, berpantang, penyusuan dan perkembangan awal bayi.

InsyaAllah buku Manual Kehamilan sangat bermanfaat untuk Mama dan Papa.

Selamat Menjadi Mama Papa yang Berilmu. 




No comments:

Post a Comment