Biasanya, Mama akan makan apa sahaja makanan yang digemari tanpa berfikir panjang. Bagaimanapun, jika Mama merancang untuk hamil, Mama perlu ubah tabiat itu.
Ubah cara pemakanan Mama dengan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak sebaliknya tingkatkan pengambilan sayuran dalam hidangan Mama
Ini penting kerana ia salah satu persediaan yang perlu Mama lakukan jika ingin hamil. Mama perlu memberi perhatian kepada diet dan pola pemakanan harian Mama bagi memastikan badan Mama sudah bersedia untuk menghamilkan bayi.
Pastikan vitamin, mineral dan nutrien yang diambil mencukupi.
No comments:
Post a Comment