"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

23 January 2015

Asid Folik

Apabila Mama bercadang untuk hamil, nutrien adalah perkara pertama yang mesti diambil. Kenapa? Ia adalah keperluan untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah merah semasa hamil.

Apabila kurang pengambilan, kajian mendapati wujud masalah yang dikenali sebagai neural tube defects iaitu kecacatan yang berlaku pada saluran saraf bayi yang menyebabkan kecacatan otak dan saraf.

Malah ia boleh menganggu pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau otak bayi. Malah digalakkan mengambil tiga bulan sebelum hamil.

Buah oren, sayur bayam, asparagus dan jagung mempunyai kandungan asid folik tinggi yang berguna mengelakkan kecacatan pada pertumbuhan awal bayi dalam kandungan.

Sukar untuk mendapat secukupnya asid folik dalam pemakanan, Mama boleh mengambil suplemen asid folik.

No comments:

Post a Comment