Tertekan? Jangan bimbang kerana ia tidak menyebabkan kuantiti susu Mama berkurangan. Namun, jika Mama berasa tertekan dan letih serta pada masa yang sama memikirkan susu Mama berkurangan akibat tekanan, ia akan menjadi kenyataan!
Ini kerana apa yang Mama fikirkan akan mempengaruhi produksi susu Mama. Keadaan menjadi lebih bermasalah apabila Mama juga semakin kurang menyusukan bayi atau menyusukan bayi dalam tempoh yang singkat.
Payudara Mama menghasilkan susu mengikut keperluan bayi. Jadi, jika penyusuan terganggu dan bayi tidak menyusu dengan cukup, penghasilan susu akan berkurangan. Cuba susukan bayi sekerap dan selama yang boleh bagi meningkatkan bekalan susu.
Melahirkan anak buat kali pertama boleh jadi sesuatu yang memenatkan dan tekanan memandangkan Mama juga dalam proses belajar dan menyesuaikan diri dengan alam yang baru. Apapun susukan bayi dengan gembira, Mama akan berasa lebih tenang dan sesi penyusuan akan berjalan dengan lancar, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment