"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

23 November 2014

Puting Luka Dan Pedih

Walaupun pedih dan sakit, luka pada puting tidak akan memberi kesan kepada bayi. Walaupun begitu, Mama perlu sedar kerana apabila puting Mama luka, itu menandakan bahawa penyusuan bayi tidak berjalan dengan lancar dan pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Pastikan juga kedudukan bayi ketika menyusu betul agar puting tidak melecet atau luka. Paling penting untuk sentiasa mengubah kedudukan bayi ketika menyusu dan membersihkan puting setiap kali selesai penyusuan. Dapatkan rehat mencukupi dan amalkan pemakanan yang betul.

Antara tanda-tanda yang menunjukkan bayi Mama tidak menyusu dengan betul adalah:

- Berat badan bayi tidak bertambah
- Bayi melekap dan menyusu terlalu lama
- Berasa tidak selesa selepas menyusu
- Kerap mahu menyusu


1 comment:

  1. Saya mengalaminya masa pantang dulu... mmg berat bayi tak naik... Now baru tahu kenapa..Gud Info!

    LatifahFazri

    ReplyDelete