Mama yang menyusu pasangan bayi kembar memerlukan rehat yang cukup, makanan berkhasiat, air dan mungkin juga vitamin lebih banyak berbanding Mama yang melahirkan seorang bayi. Menyusu bayi kembar memerlukan nilai kalori harian lebih tinggi berbanding ketika mengandungkan si kembar.
Pakar nutrisi menyarankan Mama yang menyusu kembar mengambil sekurang-kurangnya 3,000 kalori setiap hari. Diet? Ini bukan masanya lagi. Ramai Mama yang menyusukan bayi mendapati mereka makan lebih banyak makanan berkhasiat, namun berat badan tetap berkurangan. Ini disebabkan oleh kalori yang diambil dimanfaatkan untuk bayi kembar mereka.
Jika mampu, dapatkan pembantu rumah atau orang yang boleh diharapkan untuk membantu kerja-kerja rumah terutama jika mempunyai anak-anak yang lain. Paling penting, dapatkan bantuan dan sokongan suami untuk membantu tugas mengendalikan bayi. Mama juga boleh dapatkan bantuan daripada ahli keluarga yang lain. InsyaAllah ada yang kesudian untuk membantu.
No comments:
Post a Comment