Hamil lagi namun masih ada anak kecil yang sedang menyusu badan. Hentikan menyusu? Tidak perlu.
Ramai Mama tetap menyusukan anak yang masih kecil ketika sedang hamil. namun, Mama perlu pastikan bahawa Mama mendapat rehat dan nutrisi yang mencukupi.
Sebagaimana menyusukan bayi kembar, ibu hamil yang sedang menyusukan anak kecil juga memerlukan tenaga dan kalori yang banyak. Setiap makanan yang diambil oleh Mama akan dikongsikan dengan bayi di dalam rahim, juga anak kecil yang sedang menyusu.
Tetapi, terdapat beberapa keadaan yang tidak digalakkan Mama meneruskan susuan adalah seperti:
- Mengalami sakit perut terlalu kuat sehingga berlaku pendarahan dari vagina.
- Pernah mengalami kelahiran pra matang.
- Pernah mengalami keguguran ketika hamil.
No comments:
Post a Comment