"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

06 August 2014

Teknik Pernafasan Semasa Proses Kelahiran

Berlatihlah tahap pernafasan yang berbeza dengan pasangan anda atau seorang kawan, untuk membolehkan anda merehatkan diri dan bertenang sepanjang pelahiran serta dapat mengawal badan anda semasa kontraksi.
  
Pernafasan Ringan

Pernafasan ini akan membantu anda pada masa kontraksi yang genting. Tarik nafas masuk dan keluar dari mulut anda, mengambil udara masuk ke dalam bahagian atas paru-paru anda. Pasangan atau kawan anda sepatutnya meletakkan tangan pada tulang belikat anda dan merasakan pergerakan tulang itu. Latihan menjadikan pernafasan anda semakin ringan tetapi sekali-sekala, tarik nafas yang dalam apabila anda memerlukannya.

Pernafasan Dalam

Ini mempunyai kesan menenangkan dan sangat bermanfaat pada permulaan dan akhir kontraksi. Duduk secara selesa dan dalam keadaan serehat mungkin. Tarik nafas yang dalam melalui hidung terus ke bahagian  bawah paru-paru anda. Pasangan atau kawan anda sepatutnya meletakkan tangannya pada bahagian atas garis pinggang anda dan merasakan tulang rusuk anda bergerak. Sekarang tumpukan perhatian pada pelepasan nafas keluar secara perlahan-lahan. Biarkan tarikan nafas yang seterusnya berlaku secara semulajadi.

Tercungap-cungap

Selepas tahap pertama pelahiran, anda akan berasa hendak menolak keluar walaupun serviks anda mungkin belum terbuka sepenuhnya. Anda boleh mengelakkan ini daripada berlaku dengan menarik dua nafas pendek dan kemudian melepaskan satu nafas panjang sambil berkata ‘huf...huf...’, tiup pada diri sendiri.

Merehatkan Minda

Sambil merehatkan badan, cuba tenang dan kosongkan minda anda. Tarik nafas dengan perlahan dan seimbang, kemudian lepaskan nafas juga dengan perlahan. Jangan bernafas terlampau kuat. Satu cara lagi adalah dengan mengulang satu perkataan atau bunyi dengan senyap kepada diri anda sendiri, atau menumpukan perhatian anda kepada imej yang cantik dan tenang. Cuba jangan fikirkan sebarang masalah yang timbul.


No comments:

Post a Comment