Berenang baik dilakukan pada setiap trimester,
kerana ia dikatakan sebagai senaman berisiko sangat kecil terhadap kecederaan
otot dan sendi. Kebaikan senaman ini adalah sebagai latihan jantung dan
paru-paru, menjaga suhu badan ibu agar lebih stabil, menguatkan otot-otot rahim
serta sendi pinggul dan menjaga tubuh sentiasa segar sepanjang kehamilan.
Kesemua manfaat yang dihasilkan daripada berenang
boleh membantu memudahkan proses bersalin. Namun untuk melakukannya haruslah
berhati-hati dan jika perlu mintalah suami untuk sentiasa menemani ketika anda
sedang berenang. Biarpun berenang adalah
baik untuk ibu hamil namun ada beberapa teknik renang yang tidak boleh
dilakukan seperti kuak lentang, kerana dikhuatiri menyebabkan terjadinya
penekanan pada pembuluh darah di bahagian belakang rahim. Gaya renang kupu-kupu
juga berbahaya, kerana gaya ini terlalu memberi fokus pada bahagian pinggang
sehingga mengakibatkan terjadi gerakan pada janin.
Sebaiknya gaya yang baik dilakukan ketika berenang
adalah gaya bebas dan kuak dada kerana kedua gaya ini adalah cara paling rileks,
perlahan dan tidak mengakibatkan gerakan kuat pada janin. Bagi ibu hamil yang
tidak tahu berenang, cukup dengan melakukan gerakan berjalan di dalam kolam
yang cetek atau dengan gerakan aquarobik iaitu senaman aerobik dalam air.
Sebaiknya aktiviti berenang ketika hamil dilakukan
sebanyak tiga kali seminggu dan selama 30 minit setiap sessi. Jika lebih dari
itu akan mengakibatkan peningkatan suhu dalam kandungan. Lakukanlah pada waktu
pagi dan waktu petang, cuba lakukan pada suhu udara yang tidak terlalu panas.
No comments:
Post a Comment