"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

04 July 2014

Sakit Bersalin Pramasa

Tempoh kehamilan matang ialah sekitar 40 minggu. Bagaimanapun, ada wanita yang mungkin mengalami sakit hendak bersalin lebih awal, iaitu sebelum minggu ke-37, kerana kontraksi uterus menyebabkan serviks terbuka lebih awal daripada biasa. Ini menyebabkan bayi lahir pramasa.

Tidak ada sebab tertentu yang menjadi punca kelahiran pramasa. Wanita yang berisiko mengalami kelahiran pramasa – seperti mengandungkan anak kembar, pernah mengalami proses melahirkan pramasa, atau ada masalah tertentu pada uterus atau serviks. Selain itu, kelahiran bayi pramasa juga boleh berlaku jika wanita itu mempunyai masalah kesihatan seperti:

Jangkitan pundi kencing atau buah pinggang yang berulang-ulang.

Jangkitan saluran air kencing, jangkitan vagina dan jangkitan alat kelamin.

Demam akibat jangkitan semasa hamil

Mengalami pendarahan tanpa diketahui sebabnya selepas 20 minggu hamil

Penyakit kronik seperti darah tinggi, buah pinggang atau diabetes

Terlalu kurus atau terlalu gemuk sebelum hamil

Gangguan pembekuan darah

Hamil dengan satu fetus selepas IVF

Tempoh masa yang singkat antara kehamilan (kurang 6-9 bulan selepas melahirkan dan kehamilan baru).


Tanda-Tanda Anda Mungkin Melahirkan Bayi Pramasa

Kontraksi setiap 10 minit, atau lebih kerap dalam masa sejam.

Ada lelehan keluar daripada vagina

Kejang seakan senggugut yang mungkin datang dan pergi atau berterusan

Sedikit rasa sakit di bahagian belakang di bawah pinggang yang datang dan pergi atau berterusan.

Tekanan pada bahagian pelvis, seoalh-olah bayi sedang menekan ke bawah

Rasa kejang pada bahagian perut yang mungkin berlaku dengan atau tanpa cirit-birit.

Pertambahan atau perubahan pada lelehan vagina.



No comments:

Post a Comment