"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

02 July 2014

Sakit Hendak Bersalin

Untuk menentukan sama ada sakit itu sakit hendak bersalin sebenarnya atau kontraksi Braxton Hicks, anda perlu mengambil masa denyutan itu berlaku. Sakit hendak bersalin sebenar terasa seakan sakit senggugut atau sakit pada bahagian bawah belakang yang datang dan pergi.


Ketahui Perbezaan Braxton Hicks Dan Sakit Hendak Bersalin

Braxton Hicks

Mula dirasa seawal trimester kedua dan semakin kerap pada trimester ketiga.

Rasa tidak selesa, bukan sakit, yang tertumpu pada bahagian bawah perut dan ari-ari.

Tahap sakit berubah-ubah.

Rasa sakit akan hilang dengan sendirinya.

Dirasa sekali sekala

Rasa berdenyut berlarutan selama 30 hingga 60 saat, malah ada sehingga dua minit.

Tiada ritma.


Sakit Hendak Bersalin

Dirasa semasa tiba waktu hendak bersalin yang sebenar.

Rasa sakit bermula dari atas perut, tersebar ke seluruh bahagian perut dan bahagian bawah belakang atau sebaliknya.

Tahap sakit semakin bertambah.

Rasa sakit tidak akan hilang malah terasa lebih sakit apabila berjalan.

Rasa sakit datang dan pergi.

Rasa sakit berlarutan selama 30 saat dan semakin lama, sehingga 60 saat.

Ada corak tertentu dengan tempoh antara denyutan semakin pendek. Ia mungkin bermula dengan selang 20-30 minit dan semakin cepat, hingga 5 minit.


Jika Kontraksi Masih Belum Dirasai, Cuba Amalkan Berikut:


Makanan Berempah

Makanan berempah baik terutamanya jika kehamilan anda terlebih hari. Ia dapat merangsang usus yang akan mencetuskan sakit kontraksi.


Hubungan Intim

Air mani mengandungi prostaglandin. Hormon ini mempercepatkan proses kelahiran. Dalam sesetengah kes, anda akan diberikan prostaglandin sintetik untuk mencetus kontraksi.


Berjalan

Graviti yang berlaku sewaktu anda berjalan akan menggalakkan kepala bayi turun dan menekan serviks. Malah dengan berjalan juga, secara tidak langsung peredaran darah dan oksigen kepada bayi adalah bagus untuk dia kekal sihat sebelum dilahirkan.


Rangsang Puting

Biarkan suami anda melakukan rangsangan ini. Dengan mengurut puting ia berupaya menghasilkan oksitosin yang dapat memulakan proses kontraksi.


No comments:

Post a Comment