"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

30 June 2014

Kontraksi Braxton Hicks

Seawal trimester kedua anda mungkin sudah mengalami kontraksi Braxton Hicks. Waktu itu anda pasti agak yakin ia bukan sakit hendak bersalin. Bagaimanapun, kontraksi Braxton Hicks kerap dialami pada trimester ketiga, dimana pada waktu itu, anda banyak kali akan ‘terpedaya’ bahawa itu adalah sakit hendak bersalin. Kontraksi Braxton Hicks berlaku apabila otot-otot uterus mengecut selama 30 hingga 60 saat, malah ada sehingga 2 minit. Ia juga dikenali sebagai kontraksi latihan kerana ia mempersendakan anda untuk sakit bersalin sebenar dan memberi peluang untuk anda berlatih teknik pernafasan yang dipelajari di kelas-kelas pranatal.


Kontraksi Braxton Hicks boleh berlaku apabila anda atau bayi anda sangat aktif, ketika ada orang menyentuh perut anda, pundi kencing anda penuh, selepas hubungan seks atau dehidrasi. Bagi mengurangkan rasa tidak selesa semasa kontraksi ini, anda boleh mengubah kedudukan anda. Contoh kalau ketika itu anda sedang duduk, cuba bangun dan berjalan-jalan sedikit. Selain itu anda boleh juga minum beberapa gelas air atau minum segelas susu atau teh suam atau berendam dalam air suam selama 30 minit atau kurang.

No comments:

Post a Comment