"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

06 June 2014

Tip Mudah Bersalin

Persediaan menghadapi pelahiran tanpa komplikasi perlu bermula beberapa bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin. Anda harus memperuntukkan masa untuk belajar apa yang perlu dijangka pada hari kejadian. Bagi mengelak tekanan yang tidak dijangka dan mengurangkan risiko komplikasi, ikut tip berikut:


Lakukan Urutan Perineal

Anda digalakkan untuk mula melakukan urutan perineal di antara bahagian dubur dan faraj sekitar minggu ke 34 kehamilan. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan minyak zaitun namum elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum. Langkah ini disyorkan kerana membantu anda mengurangkan risiko koyak ketika meneran.

Walau bagaimanapun, sebelum melakukan dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda terlebih dahulu. Selain itu, pastikan jari anda benar-benar bersih sebelum melakukan rutin urutan.


Teman Yang Kuat Semangat

Suami yang bakal menemani anda di dalam bilik bersalin perlu kuat semangat agar dia dapat memberi semangat dan sokongan kepada anda ketika bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan bayi. Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan anda yang mahu ibu atau ahli keluarga menemani diri selain daripada suami. Jadi, ada baiknya anda tetapkan siapa yang bakal menenami anda di bilik bersalin nanti. Tidak salah jika menetapkan pilihan kedua jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan sebagainya.


Keadaan Selesa

Proses pelahiran berlangsung dengan lebih pantas apabila anda berada di dalam keadaan selesa. Namum, cetek pengetahuan dan mudah gopoh-gapah menjadikan proses pelahiran memakan masa yang panjang. Tambahan pula, sikap ini dapat menghindar anda daripada perlu menerima apa-apa jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum dan forsep.

Jadi, cubalah bertenang sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital. Apabila kontraksi menyerang selang 5 minit sekali, itu petanda anda perlu segera ke hospital pilihan kerana masa untuk melahirkan hampir tiba.


Pergunakan Graviti

Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses pelahiran.


Tidur Mencukupi

Lazimnya, di minggu-minggu akhir kehamilan, agak sukar untuk tidur. Hal ini mungkin berlaku kerana anda begitu teruja menanti saat berlakunya tanda awal bersalin. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur yang mencukupi. Hal ini penting untuk memastikan anda kekal bertenaga semasa melahirkan nanti.


Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan

Kelahiran songsang berlaku kepada kira-kira 3% wanita hamil. Keadaan ini biasanya memerlukan pembedahan caesarean dilakukan. Wanita yang mudah tertekan, takut dan bimbang ketika hamil meningkatkan risiko bahagian bawah rahim mengetat. Bagi mengelak atau membetulkan kedudukan bayi yang songsang , anda boleh mencuba kaedah pernafasan bio-energetic, hypnosis atau teknik bertenang yang betul serta banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan ketika pelahiran nanti.


Tarik Nafas Panjang

Bunyinya kedengaran ringkas namum sering tidak diperdulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses pelahiran. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang. Ingat tentang apa yang telah dipelajari di dalam kelas antenatal dan beri perhatian terhadap cara anda bernafas.


Jangan Tahan Kencing

Sikap suka menahan kencing akibat terlalu khuatir bersalin di dalam bilik air sepatutnya disishkan. Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran. Jika pundi kencing terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.


Rangsang Payu Dara

Amalan ini dipercayai dapat membantu oksitosin masuk ke dalam aliran darah sekaligus mencetuskan kontraksi. Hal ini dapat anda lakukan dengan menggunakan pam payu dara (pam susu) atau mengurut bahagian puting menggunakan tangan. Anda juga boleh melakukannya dengan membiarkan air pancuran menitis di atas payu dara sama seperti yang anda lakukan untuk merangsang pengaliran susu ibu sewaktu hamil.


Elakkan Paras Gula Jatuh

Pengekalan paras gula dalam darah penting sepanjang proses bersalin kerana ia membantu anda kekal bertenaga untuk meneran sekaligus memudahkan proses pelahiran. Untuk itu, hisap amaun kecil jus buah segar yang tinggi kandungan potassium seperti jus oren yang turut kaya dengan asid amino I-glutamine.


Ambil Elektrolit Dan Mineral

Bagi memudahkan proses kelahiran, anda perlukan lebih banyak elektrolit dan mineral yang terdapat di dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Magnesium, potassium, sulfur, klorida dan sodium penting untuk mengelakkan sakit berpanjangan dan kelihatan semasa proses pelahiran berlangsung. Sumber ini boleh anda perolehi daripada daging segar, produk tenusu penuh lemak, sayuran, buahan, kekacang atau jus buah segar. Bagi menyimpan tenaga ketika berhadapan dengan kontraksi, anda disarankan mengambil elektrolit dalam bentuk serbuk mineral yang dicampur ke dalam air atau jus buahan sejurus selepas tanda awal bersalin berlaku.


Senaman Kegel (Kemut)

Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan ototrahim. Menariknya senaman ini boleh dilakukan di manaj sahaja tanpa perlu ada orang yang mengetahuinya. Antara teknik senaman kegel yang anda boleh lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.


Baring Mengiring Ke Kiri

Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.


Makan Secukupnya

Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.


Tip Untuk Si Ayah

Sentuhan suami dapat mengurangkan kesakitan bersalin. Tangan suami amat berguna ketika itu. Oleh yang demikian, si ayah perlu belajar beberapa teknik asas urutan. Bagi mengelakkan tangan letih mengurut, sediakan beberapa bola tenis yang dimasukkan ke dalam stokin bagi membolehkan ia digolekkan di bahagian belakang anda.


Info :

Proses meneran hanya boleh dilakukan apabila pembukaan mulut rahim sudah sempurna terbuka iaitu 10cm.


1 comment:

  1. Tips yang amat berguna terutama kepada bakal-bakal ibu. tidak dinafikan dengan adanya tips seumpama ini sedikit sebanyak boleh membantu ibu-ibu hamil melalui proses bersalin dengan mudah.

    ReplyDelete