Kebanyakkan
bayi dilahirkan kepala dahulu. Sebaik sahaja dada bayi dilahirkan, paru-parunya
mengembang dan bayi mula bernafas. Setelah keseluruhan badannya keluar, Doktor
atau Jururawat akan memeriksa serta mengeluarkan sebarang lendir yang ada di
dalam mulut dan lubang hidungnya.
Pada
tahap ini bayi masih melekat uri melalui tali pusatnya dan uri itu masih lagi
berada di dalam rahim ibu. Selepas beberapa minit, tali pusat bayi dipotong.
Sampel
darah untuk G6PD dan TSH akan diambil dari tali pusat bayi untuk ujian
kekurangan enzim G6PD dan hormon Thiroksin pada bayi.
Sesetengah
bayi menangis dengan kuat sewaktu dilahirkan, ada juga yang tidak menangis.
Tangisan bayi memudahkan udara disedut ke dalam paru-paru dan membersihkan dari
sebarang cairan yang terdapat di dalamnya.
Bayi akan
diberikan pada ibu untuk memulakan sentuhan awal antara ibu dan bayi untuk
seketika (‘bonding and skin to skin contact’). Jika bayi tidak mengalami
sebarang masalah.
Bayi akan
dibersihkan, ditimbang, diukur lilitan kepala dan ukuran panjang. Bayi juga
akan diberi suntikan pelalian Hepatitis B dos pertama dan suntikan Vitamin K.
Suntikan
BCG juga akan diberikan sebelum bayi dibenarkan discaj.
No comments:
Post a Comment