Proses Kelahiran Uri
Proses dimana uri dan selaput uri dikeluarkan
Sakit di abdomen akan beransur kurang
Selalunya mengambil masa 5 hingga 15 minit.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan
Bernafas
seperti biasa.
Ibu
akan diberikan suntikan untuk membantu perlekangan uri dari dinding rahim.
Ibu
dinasihatkan mengikut arahan dan tunjukajar dari doktor dan jururawat.
Uri dan
selaputnya akan diperiksa oleh jururawat untuk memastikan tiada cebisan uri
atau selaputnya tertinggal dalam rahim.
Uri
akan diserahkan kepada ibu.
Jika
terdapat lua atau koyakan diselapeha (perineum), ianya akan dijahit (ibu diberi
suntikan bius setempat untuk mengurangkan sakit semasa luka dijahit).
Ibu dan
bayi akan dibenarkan pulang ke rumah jika tidak mengalami sebarang masalah.
Ibu dan
bayi akan ditempatkan di bilik bersalin – jika tiada sebarang komolikasi, ibu
dan bayi akan dipindahkan ke wad.
Tujuan utama dalam peringkat ketiga kelahiran ialah untuk mengeluarkan uri dan selaput ketuban serta menghentikan pendarahan dan untuk menjamin pengecutan dan penarikan balik rahim dengan sempurna.
Tanda-Tanda Uri Terasing
Ibu
berasa sakit apabila rahim mengecut dengan kuat kerana ruang rahim menjadi
kosong.
Sedikit
pendarahan daripada faraj.
Tali
pusat yang ditarik panjang.
Fundus
(bahagian atas) rahim timbul atas pusat.
Bahagian
atas tulang simfisis pubis menggelembung
Uri
terasing dengan cepat. Lazimnya dua hingga lima minit selepas bayi lahir.
Setelah uri terasing dengan lengkap dan terletak longgar di bawah rahim, doktor
akan menggunakan sebelah tangan menolak rahim yang mengecut ke arah pusat.
Manakala tangan satu lagi akan memegang tali pusat ke atas untuk meringankan
berat uri yang keluar.
Tali pusat di dalam salur peranakan ditarik perlahan-lahan untuk mengeluarkan. Jika selaput ketuban melekat atau tidak boleh menembusi rongga serviks, tali pusat akan dibelit-belit seperti tali dan ditarik keluar secara perlahan-lahan.
Bahaya inversi serviks hanya berlaku jika proses penarikan dilakukan sebelum uri betul-betul terasing dengan sepenuhnya pada serviks. Sebaik sahaja uri dikeluarkan, uri dan selaput ketuban akan diperiksa untuk memastikan keadaan sempurna. Selepas kepala bayi keluar, 0.25mg ubat ergometrin disuntik untuk mendorong rahim mengecut selepas bayi lahir. Kemudian, diikuti dengan kedua-dua belah bahu dan seterusnya sehingga seluruh badan bayi keluar.
Tali Pusat
Lazimnya ada beberapa pandangan pakar mengenai masa yang tepat untuk memotong tali pusat. Sesetengah doktor memotong tali pusat apabila denyutannya telah berhenti. Ada doktor yang menunggu sehingga darah beroksigen dipindahkan kepada bayi.
Namum, ada juga doktor yang memotong tali pusat sejurus sahaja bayi dikeluarkan. Tali pusat yang sudah dipotong, diikat ketat-ketat di dua tempat yang berdekatan untuk mencegah pendarahan. Selepas dipotong, tunggulnya diperiksa supaya tidak berlaku sebarang komplikasi lain.
No comments:
Post a Comment