Proses Kelahiran Bayi
Pintu rahim membuka sepenuhnya (10cm)
Sakit semakin kerap, kuat dan panjang
Rasa hendak meneran
Jangkamasa : Anak pertama maksima 1 jam. Anak kedua
dan seterusnya 30 minit.
Dengar arahan doktor dan jururawat
Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan
semasa sakit bermula.
Apabila rasa untuk meneran perlu mengikut teknik
yang betul.
- Teknik Untuk Meneran Dengan Betul
- Tarik nafas panjang, tahan nafas.
- Angkat kepala, dagu ke dada.
- Teran sekuat-kuatnya ke bawah seperti membuang air besar.
- Jangan angkat punggung, ini boleh menyebabkan berlaku koyakan yang luas.
- Ibu dinasihatkan mengikut arahan dan tunjukajar dari jururawat dan doktor.
Apabila proses pengeluaran janin sedang berlaku, ibu perlu berada di posisi baring (mengikut posisi yang dianggap sesuai) sambil meneran sekuat hati apabila kecutan rahim sampai ke kemuncaknya. Pada ketika ini kepala janin sudah berada pada tahap perinium dan bahagian dubur mulai mengembang. Tugas paling kritikal pada tahap kedua ini adalah mengelak perinium terkoyak.
Perinium
Pengoyakan perinium boleh dielak dengan mencegah kepala bayi keluar pada masa di antara pengecutan rahim. Jika terdapat sebarang tanda bahawa kepala bayi turun terlalu cepat, doktor akan menekannya dengan satu tangan supaya dia tidak terkeluar serta-merta. Sementara tangan sebelah lagi diletakkan di perinium untuk menolong pengeluaran verteks (puncak kepala anak) melalui saluran peranakan. Hal ini adalah untuk mengelakkan kelahiran normal dan membolehkan diameter kepala yang terkecil muncul melalui salur keluar.
No comments:
Post a Comment