Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang boleh mengundang bahaya kepada
ibu iaitu:
1. Uri Melekat (Retained Placenta)
Tanda dan Risiko.
Ketiadaan
tanda-tanda plasenta sudah lekang selepas 30 minit menunggu.
Pengalaman
lepas, ibu pernah mengalami masalah plasenta melekat.
Pernah
menjalani pembedahan caesarean sebelum ini.
Pernah
menjalani D&C.
Mempunyai
anak ramai.
Kandungan
kembar.
Kehamilan
lewat usia.
Cara Menangani
Ibu perlu dibius. Seterusnya doktor akan cuba membuat MRP dengan memasukkan seluruh tapak tangan ke dalam rahim dan hujungnya akan digunakan untuk mengikis permukaan uri yang melekat di dinding rahim. Doktor akan mengeluarkan plasenta sepenuhnya atau sedikit demi sedikit (serpihan). Bagaimanapun terdapat risiko dengan cara ini iaitu:
Uri tidak
dapat dikeluarkan sebab tertanam di dalam lapisan otot dinding rahim. Ia
dikenali sebagai acretal / percreta. Boleh menyebabkan pendarahan yang banyak.
Doktor akan memberikan ubat methtrexate untuk mengecutkan sel-sel plasenta
supaya ia keluar sendiri melalui pembedahan histeraktomi (buang rahim) terutama
kepada pesakit yang sudah cukup bilangan anak atau lewat usia.
Serpihan
uri tidak lengkap. Mungkin doktor akan melakukan D&C untuk mencuci hingga
rahim bersih
Berlakunya
jangkitan.
Luka pada
dinding rahim (perfoction) tetapi jarang berlaku.
2. Uri Di Bawah (placenta previa)
Lokasi plasenta di bawah ini boleh disahkan selepas usia kandungan 8 bulan melalui pemeriksaan ultrasound. Tanda-tanda masalah ini ialah:
Pendarahan
yang tidak sakit pada trimester pertama kehamilan.
Kedudukan
bayi yang tidak normal seperti melintang atau menyongsang.
Jenis-Jenis Plasenta Previa
a. Minor
Tidak menutupi keseluruhan rahim. Wanita ini mempunyai peluang untuk bersalin normal. Tetapi jika berlaku pendarahan, pembedahan caesarean perlu dilakukan.
b. Major
Uri menutupi keseluruhan rahim. Pembedahan caesarean perlu dilakukan. Antara risikonya termasuk pendarahn yang banyak, kelahiran kecemasan dan kelahiran pramatang.
3. Uri Lekang (abraptio plasenta)
Plasenta lekang daripada tempatnya sebelum bayi dilahirkan. Biasanya berlaku semasa trimester ketiga kehamilan atau sewaktu kontraksi. Antara tanda-tandanya:
Pendarahan
yang banyak berbanding darah biasa diiringi dengan kesakitan.
Denyutan
nadi anak semakin menurun kerana dia cemas.
Kes-kes
ekstrem, degupan jantung anak tidak dapat dikesan menyebabkan dia lemas.
Kadangkala
masalah ini berlaku pada ibu yang mempunyai darah tinggi, bersalin kembar,
kembar air (air ketuban banyak) dan ibu yang mengamalkan urutan untuk
membetulkan kedudukan plasenta atau bayi.
Jika doktor mendapati bayi masih hidup dan pintu rahim masih terbuka, pembedahan caesarean akan dijalankan. Jika pintu rahim sudah terbuka dan bayi masih stabil, doktor akan membenarkan ibu bersalin normal. Kalau bayi sudah meninggal pun, ibu tetap perlu bersalin normal.
4. Serpihan Plasenta Tertinggal (retained placenta tissue)
Boleh berlaku sejurus kelahiran bayi atau selepas ibu pulang ke rumah. Antara tanda-tandanya:
Darah
nifas yang banyak dan tidak berkurangan, diiringi dengan ketulan darah yang
banyak.
Rengat
yang berterusan dan teramat sakit.
Darah
nifas yang berbau menunjukkan jangkitan sudah berlaku.
Doktor
akan mengesahkan terdapat serpihan plasenta tertinggal melalui pemeriksaan
ultrasound. D&C akan dijalankan bagi membersihkan rahim dan kikisan
serpihan plasenta akan dihantar ke makmal untuk mengesahkannya.
Apakah semua kes serpihan plasenta perlu menjalani D&C?
Hal ini bergantung pada serpihan yang tinggal. Jika tidak banyak pendarahan, doktor akan memberi antibiotik dan serpihan akan keluar bersama darah nifas.
Apakah masalah serpihan plasenta tertinggal boleh dielakkan?
Hal ini merupakan satu kontroversi di kalangan pakar perubatan. Doktor dapat mengeluarkan plasenta sepenuhnya tetapi masalah selaput plasenta masih tertinggal masih boleh berlaku.
Masalah plasenta succencuriate lobe yakni tertinggal serpihan daging tambahan plasenta yang tidak diketahui oleh doktor boleh membawa kepada pendarahan yang banyak selepas pulang ke rumah. Bagaimanapun masalah ini jarang berlaku.
No comments:
Post a Comment