"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

19 May 2014

Tahap Pertama Proses Kelahiran

Masa Melahirkan

Tempoh masa melahirkan dibahagikan kepada tiga tahap. Jika bakal ibu belum pernah ada pengalaman bersalin, proses bersalin akan berlaku dalam jangka masa 12 jam hingga 16 jam. Manakala ibu yang sudah berpengalaman hanya mengambil masa kurang 12 jam.

A. Tahap Pertama
Peringkat Awal (Latent Phase)
Rasa sakit di abdomen bertambah kuat dan kerap
Bukaan pintu rahim 1cm hingga 3cm


Peringkat Aktif (Active Phase)
Sakit semakin kuat, kerap dan berterusan (3 hingga 5 kali dalam masa 10 minit)
Bukaan pintu rahim 4cm hingga 10cm.

Bagi kelahiran normal : Anak pertama bukaan pintu rahim 1cm dalam masa 1 jam. Manakala anak kedua dan seterusnya bukaan pintu rahim 3cm dalam masa 2 jam.

Jangkamasa 6 hingga 12 jam.

Tahap pertama proses kelahiran bermula:

Rasa sakit di bahagian belakang akibat aktiviti pengecutan rahim dan pengembangan serviks. Rasa sakit ini akan beralih ke hadapan sehingga pada bahagian bawah abdomen (rongga perut). Keadaan ini berlangsung dalam tempoh tertentu dan sakit makin bertambah setiap kali diserang kontraksi.

Wujud tanda-tanda atau petunjuk misalnya keluarnya mukus yang bercampur darah dari vagina. Keadaan ini berlaku disebabkan mukus mulai memenuhi serviks. Pada tahap ini, bakal ibu disuruh berbaring tanpa diberi makan dan hanya sedikit minuman. Proses kelahiran diperiksa dengan memerhatikan keadaan kepala bayi dan bukaan pada pintu rahim. Dalam masa yang sama, doktor atau bidan bertauliah akan memeriksa jantung janin dan direkodkan selang sejam. Keadaan ibu juga diperiksa. Paras air dalam badan, tekanan darah, tahap kesakitan akan diperiksa dengan teliti. Sekali setiap jam, suhu badan, degupan nadi ibu akan direkodkan juga.

Kesakitan pada tahap pertama tidak teruk. Ia dinamakan sebagai fasa pendam. Anda masih boleh bersembang, membaca, menonton televisyen dan sebagainya. Keadaan ini boleh berlaku selama lapan hingga sembilan jam. Apabila pengecutan menjadi semakin hebat, serviks akan bertukar menjadi pendek.

Proses menipis serviks ini dinamakan sebagai efasmen serviks. Dalam keadaan ini serviks menjadi pendek, lembut dan menjadi satu saluran pendek yang dinamakan sebagai serviks matang. Penekanan ke atas serviks ini memaksa saluran serviks terbuka. Situasi ini membuatkan kepala bayi turun ke bahagian pelvis. Namum, lapisan pundi ketuban masih lagi teguh. Apabila kesakitan semakin terasa, ia menandakan kesakitan ke tahap aktif.

Ketika ini, pengecutan rahim menjadi semakin kuat dan bertambah kerap. Serviks terus terbuka dan janin akan menurun. Bagi ibu yang belum pernah bersalin, jumlah bukaan berlaku dengan kadar bukaan satu sm sejam. Manakala, bagi wanita yang pernah bersalin akan membuka serviks 1.5 hingga 2 sm sejam.

Ketika ini ibu akan merasa kemuncak sakit. Namum, ibu masih belum boleh meneran kerana serviks belum terbuka sepenuhnya. Jika ibu tidak dapat menahan sakit, boleh lakukan senaman menahan sakit. Selain itu, anda boleh meminta bius epidural untuk melegakan kesakitan bersalin.

Peringkat pertama kelahiran berakhir apabila serviks terbuka sepenuhnya. Ibu yang pernah bersalin sering mengalami kerumitan air ketuban pecah terlebih dahulu kerana penipisan otot rahim. Sekiranya proses pembukaan serviks terhenti pada ukuran di bawah 6 sm, ini menandakan serviks mengalami masalah untuk membuka sepenuhnya. Sekiranya serviks kelihatan edema atau lebam, ini adalah petanda buruk dan proses kelahiran alternatif akan dilakukan seperti dengan cara pembedahan.

Apabila memasuki peringkat kedua, bidan akan menyapu larutan antiseptik pada bahagian pubis, abdomen bawah, vulva, lubang vagina serta bahagian paha dan sekitarnya. Anda akan berasa sejuk sebaik sahaja antiseptik disapu pada bahagian yang disebut tadi. Hal ini kerana, antiseptik ini disimpan di dalam peti sejuk untuk menjamin keselamatan dan kebersihannya.


Kepala bayi mulai turun ke pintu rahim pada peringkat pertama kelahiran.

Tekanan kepada bayi pada rektum dan lantai pelvik mengaktifkan proses meneran kepada si ibu.

Sebahagian muka dan kepala mula kelihatan sedikit demi sedikit diikuti bahagian bahu dan anggota lain akan mengikuti kemudian. Plasenta atau uri akan dikeluarkan dan diperiksa. Bidan akan memastikan tiada sisa uri yang tertinggal dalam rahim ibu.

No comments:

Post a Comment