Komplikasi kelahiran dapat dikurangkan jika anda
bersiap sedia daripada segi mental dan fizikal sejak awal usia kehamilan. Proses
kelahiran adalah saat paling indah dalam diari kehidupan seorang wanita
walaupun episod itu terpaksa dilalui dengan penuh kesakitan dan keletihan yang
tiada tolok bandingnya. Lantaran itu, setiap kali proses kalhiran dilalui
setiap kali itu jualah iringan harapan disertai agar segala-galanya berakhir
dengan kegembiraan. Bagi menjadikan segala-galanya suatu realiti, perancangan
rapi perlu dibuat agar ia tidak akan menimbulkan sebarang kesulitan.Terdapat
beberapa aspek penting yang perlu diteliti bagi memastikan saat kelahiran tidak
terganggu.
Keadaan Anda Dan Bayi
Sejak awal kehamilan, perkembangan kesihatan anda
dan bayi perlu dipantau. Seelok-eloknya, kesihatan kedua-duanya perlu berada
pada tahap yang normal. Biasanya anda akan dipantau melalui pemerhatian fizikal
manakala bayi pula berdasarkan ujian imbasan bagi memastikan kedaan bayi normal
ataupun tidak.
Bilangan Bayi
Anda akan lebih bersedia jika mengetahui bilangan
bayi yang dikandung. Melalui kaedah ujian imbasan, bilangan bayi akan mudah
diperoleh. Ia penting agar anda dapat menyediakan diri untuk berhadapan dengan
pelbagai kemungkinan yang bakal datang. Jika anak dilahirkan kembar dua
misalnya, anda boleh membuat persediaan untuk menyambut kehadiran dua bayi
sekaligus.
Anggaran Tarikh Kelahiran
Lazimnya, semasa kali pertama seseorang ibu hamil menjalani
pemeriksaan antenatal, mereka akan dimaklumkan tentang anggran tarikh bersalin.
Oleh itu, anda perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal sebelum tarikh
kelahiran tiba. Bagaimanapun ia hanya sekadar anggaran, anda mungkin boleh
bersalin lebiah awal atau lewat sedikit.
Pemeriksaan Rutin
Jika wujud sebarang masalah padan anda atau bayi,
doktor akan memaklumkan dengan kadar segera agar anda dan suami tidak terkejut
jika terpaksa bersalin awal atau melalui pembedahan. Ujian darah penting bagi
mengetahui maklumat antara jenis darah, rhesusnya, status jangkitan penyakit
terhadap darah dan kepekatan (hemoglobin). Setiap satu memainkan peranan
penting untuk memastikan proses kelahiran berjalan lancar.
Kaedah Bersalin
Untuk melahirkan bayi, sudah sedia maklum hanya ada
dua kaedah jadi pilihan, sama ada secara normal mahupun melalui pembedahan.
Sehubungan itu, terdapat beberapa perkara yang memungkinkan anda terpaksa
melalui pembedahan. Antaranya uri di bawah, kedudukan bayi songsang, pelvik
sempit, anak besar, kepala bayi tidak turun, anak lemas atau terbelit tali
pusat. Pembedahan memerlukan persediaan mental yang utuh dan anda perlu
beritahu segera jika memerlukan doktor bius wanita agar tiada sebarang masalah
semasa proses pembedahan dijalankan.
No comments:
Post a Comment