Kesakitan ketika bersalin adalah perkara lumrah yang
tidak dapat dielakkan sama ada anda melalui kelahiran biasa atau induced
(secara paksa), melalui rongga punggung atau caesarean (pembedahan).
Sebagai seorang ibu Muslim, anggaplah kesakitan yang
dialami ketika bersalin itu sebagai kafarah dosa-dosa kita. Mudah-mudahan Allah
menyucikan kita kepada keadaan fitrah dan tidak berdosa.
Diingatkan di sini, telah berjuta-juta wanita yang
melalui proses kelahiran dengan selamat walaupun berkali-kali, kerana Allah
memang telah menciptakan wanita itu dengan kemampuan untuk melahirkan anak.
Memang terdapat juga wanita yang Allah takdirkan meninggalkan dunia, tetapi
bilangannya adalah amat sedikit. Namun, Allah telah menjanjikan syurga bagi
setiap kematian kerana melahirkan anak sekiranya redha.
No comments:
Post a Comment