"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

23 January 2014

Hukum Menggugurkan Bayi

Sebaik sahaja sperma dan ovum bertemu, maka janin itu dikira sebagai makhluk hidup walaupun belum berstatus manusia. Maka menggugurkan janin sama dengan membunuh makhluk hidup yang diharamkan. Namun begitu, hukum haram ini bertingkat-tingkat. Pengguguran yang dilakukan sebelum janin ditiupkan roh iaitu selepas 120 hari, hukumnya lebih ringan daripada pengguguran janin setelah ditiupkan roh. Ini kerana setelah ditiupkan roh, janin dikira sebagai manusia sempurna.


Janin 120 Hari Ke Atas

Seseorang yang menggugurkan janin yang berusia 120 hari keatas diwajibkan bertaubat, membayar diat dan melakukan kafarah. Diat janin ialah 1/20 diat orang dewasa iaitu sebanyak harga lima ekor unta. Pada hari ini harga seekor unta sekitar RM4,000.00 maka lima ekor unta adalah RM20,000.00. Diat ini akan diserahkan kepada ahli waris bayi tersebut yang tidak terlibat dalam penggugurannya seperti adik-beradiknya. Adapun ibunya yang melakukan pengguguran dan ayahnya jika mengizinkan perkara tersebut, mereka tidak mendapat bahagian daripada diat ini.

Adapun kafarah, maka ia mesti membebaskan seorang hamba sahaya atau berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Memandangkan perhambaan sudah tiada lagi pada zaman ini, maka tiada pilihan selain berpuasa.


Janin Kurang 120 Hari


Bagaimanapun, kewajipan diat dan kafarah ini tidak dikenakan bagi orang yang menggugurkan janin yang usianya kurang daripada empat bulan. Ia hanya wajib bertaubat kepada Allah dan bertekad tidak mengulangi perbuatan haram tersebut.

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak, salam perkenalan. terima kasih berkongsi entri ni.. Tak sabar nak tunggu kelahiran bayi sulung kami. in shaa Allah, bulan mei. sheila follow sini, nak baca banyak panduan yang akak dah beri. terima kasih lagi sekali ya (",)

    ReplyDelete