"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

27 January 2014

Mengurangkan Derita Buasir

Buasir memang mudah menyerang wanita hamil apatah lagi jika sebelum hamil, anda memang sudah memiliki gejala penyakit ini atau yang disebabkan oleh faktor genetik. Masalah buasir mudah berlaku pada wanita hamil kerana faktor perubahan hormon yang menyebabkan pembengkakan pembuluh darah ditambah dengan pertambahan berat badan dan pembesaran janin.

Keadaan ini biasanya dikategorikan dalam skala ringan, sederhana hinggalah tahap serius bermula daripada hanya sekadar gatal hinggalah menimbulkan kesakitan yang luar biasa dan pendarahan pada dubur setiap kali membuang air besar. Malah, pada kes buasir yang serius, ibu hamil akan berasa sakit pada setiap pergerakan termasuk juga sewaktu duduk. Keadaan bertambah parah setiap kali mahu membuang air besar.

Bagaimana Cara Untuk Mencegah Dan Mengurangkan Masalah Buasir Semasa Hamil?

Minum Banyak Air
Air yang banyak akan mengurangkan risiko sukar membuang air besar atau sembelit dan mengelakkan najis menjadi keras yang boleh melukakan pembuluh darah pada anus sewaktu ia dikeluarkan. Selain itu, banyakkan pengambilan makanan berserat seperti buah dan sayur agar najis lebih lembut dan mudah keluar sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang boleh menyebabkan buasir.

Hindari Posisi Sama
Hindari berada dalam sesuatu posisi untuk tempoh yang lama. Contohnya jangan duduk atau berdiri terlalu lama kerana ia akan meningkatkan ketegangan pada otot pinggul hingga ke bawah.

Panas Atau Sejuk
Ketika dubur terasa gatal, pedih dan sakit, gunakan kain sama ada direndam dalam air suam atau bungkuskan dengan ais dan tekapkan di bahagian tersebut untuk mengurangkan rasa sakit. Jika dubur terasa sakit selepas buang air besar, basuhlah perlahan-lahan menggunakan air suam dan keringkan dengan kain lembut.

Latih Otot
Latih otot pinggul dengan senaman regangan untuk membantu melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan penyumbatan yang boleh menyebabkan pendarahan pada anus.

Ubat
Jika masalah buasir tidak dapat diatasi dengan gaya pemakanan dan amalan sihat, cuba gunakan ubat-ubatan yang membantu mengatasi masalah buasir. Namum, dapatkan terlebih dahulu nasihat doktor apakah ubat itu selamat atau tidak untuk digunakan. Lebih sesuai jika anda gunakan ubat jenis yang disapu terus pada anus berbanding yang dimakan.

1 comment:

  1. As salam
    Kak Engku. Mcmna plk kes buasir sblm pgnt? Cuma buasir tu x rr teruk sgt. Means, lebihan daging tu masuk sndiri tanpa perlu di tekan. Ada kemungkinan ke buasir tu akan bertambah parah slps melahirkan baby nanti? tq

    ReplyDelete