"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

09 January 2014

Kebaikan Tidur Mengiring Ke Kiri

Kajian ada menunjukkan bahawa posisi terbaik untuk ibu mengandung terutamanya mereka yang berada dalam pertengahan semester kedua dan ketiga adalah tidur mengiring ke kiri. Posisi ini dikatakan bagus untuk bayi kerana ia dapat melancarkan perjalanan darah dari salur vena inferior cava yang merupakan salur vena penting dalam membawa darah kembali ke jantung.

Ini dapat memastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi dan oksigen yang mencukupi untuk tumbesaran. Ia juga dapat mengurangkan rasa sakit belakang ketika mengandung.

Sebaik-baiknya, bantal kecil hendaklah diletakkan di antara lengan, bawah perut, paha, lutut dan buku lali bagi memastikan ibu mengandung berada dalam neutral semasa tidur.

Mengiring ke kanan boleh menyebabkan tekanan pada organ hepar (hati) dan seterusnya mengurangkan nutrisi kepada bayi. Adalah sukar sama sekali untuk memastikan ibu mengandung berada dalam posisi mengiring ke kiri sepanjang malam. Mama tidak perlu risau sekiranya Mama tidur dalam posisi mengiring ke kiri dan mendapati diri berada dalam posisi mengiring ke kanan pada waktu paginya.

Ini tidak memudaratkan kandungan. Bayi lazimnya akan menendang kuat sekiranya ia berada dalam keadaan tidak selesa (umpamanya, jika tidak mendapat oksigen yang secukupnya) dan ibu biasanya akan terjaga dan mengubah posisi mereka.

Posisi tidur terlentang di atas belakang atau tidur di atas perut tidak digalakkan sama sekali kerana ia dikhuatiri mengurangkan pengaliran oksigen dan nutrisi kepada bayi dan mungkin menyebabkan bayi berasa lemas.

No comments:

Post a Comment