6 PERKARA
PAPA PERLU TAHU
Masa kini, di kebanyakan hospital suami digalakkan
untuk menemani isteri di bilik bersalin. Di sini terdapat beberapa perkara yang
perlu papa ketahui untuk menghadapi saat
kelahiran cahaya mata ketika berada di hospital kelak.
Sentiasa Berada Di Sisinya
Pada saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan
anda. Oleh yang demikian, sentiasalah berada di sisinya. Pada masa ini, anda
boleh memberikan kata-kata semangat dan meluahkan perasaan kasih sayang
terhadapnya sebagai tanda menghargai pengorbanan sepanjang tempoh kehamilan dan
proses bersalin yang telah dilakukannya. Ucapan semangat dan keyakinan daripada
anda sudah tentu amat bermakna buat si isteri sebagai dorongan untuk melalui
saat-saat getir bersalin.
Meredakan Kesakitan
Kehadiran anda di sisi isteri sedikit sebanyak dapat meredakan kesakitan yang ditanggung
olehnya walaupun anda hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi
atau menggengam tangannya. Kesakitan yang dialami isteri juga boleh anda kurangkan
dengan mengelap wajahnya setelah berpeluh menahan kontraksi atau memberinya
minum jika dibenarkan oleh doktor. Dengan yang demikian, isteri anda pasti
berasa lebih segar yang secara tidak langsung boleh mengurangkan kesakitan yang
dihadapi.
Teman Berjalan
Gambaran yang biasa dipaparkan oleh drama atau
filem tidak sama seperti realiti. Proses bersalin lazimnya memakan masa yang
panjang. Lebih-lebih lagi bagi anda yang bakal menimang cahaya mata sulung. Jadi,
penuhi masa luang yang anda berdua miliki di bilik bersalin dengan menemani
isteri berjalan-jalan di sekitar kawasan berhampiran. Apatah lagi, aktiviti
berjalan dipercayai dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran bayi.
Tenang dan Fokus
Ke tika sakit bersalin,isteri anda akan mula hilang
daya tumpuan, berasa gementar dan
mindanya tidak semena-mena ligat memikirkan hal-hal yang buruk. Kesemua ini
boleh mendatangkan aura negatif yang secara tidak langsung boleh menyukarkan
perjalanan proses bersalin. Peranan yang perlu anda mainkan ketika ini ialah
cuba menenangkan si isteri dengan memberikan kata-kata semangat berbual tentang
perkara yang menggembirakan atau seumpama dengannya. Selain daripada itu, anda
digalakan membacakan ayat-ayat Al-Quran terutamanya ayat-ayat khas untuk wanita
mudah bersalin agar isteri anda kekal tenang tatkala mendengar alunan bacaan
ayat-ayat suci Al-Quran oleh anda.
Kawal Diri
Saat-saat menanti kelahiran anak sangat mendebarkan.
Sama seperti isteri, anda juga perlu belajar cara untuk mengawal diri. Sewaktu
isteri mengerang kesakitan kesan kontraksi yang dialami, anda perlu bertenang
agar tidak panik berlebihan dan menjalankan peranan dan tanggung jawab untuk
membantu isteri mengawal dirinya bagi mengurangkan rasa sakit yang dialami. Lakukan
langkah-langkah yang pernah di kelas antenatal seperti yang telah dikongsi oleh doktor. Antaranya ialah senaman pernafasan yang ternyata bagus untuk
isteri yang sedang bertarung kesakitan.
Jangan Ambil Hati
Apabila isteri mula mengalami kontraksi, anda
seharusnya perlu tahu bahawa dia akan mula mengalami kesakitan untuk tempoh
waktu tertentu. Saat itu, emosinya mula terganggu dan menjadi tidak stabil. Kadang
kala dia mudah marah, kerap merungut dan seumpama dengannya.
Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk tidak
mengambil hati dengan sikap isteri yang bersifat hanya sementara itu. Anda
harus ingat bahawa isteri sedang menahan kesakitan untuk bersalin. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan
menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan
malah mungkin meniggikan suara.
Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan
emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.
Cadangan
Persiapan Sebelum Kelahiran
Cuti
Pastikan
anda mengambil cuti apabila tarikh jangkaan bersalin isteri semakin
hampir. Lebih-lebih lagi bagi anda yang mungkin bekerja jauh dari kediaman
seperti bekerja di luar daerah umpamanya. Dikhuatiri, jika anda tidak berbuat
demikian, tiada sesiapa yang bakal menemani isteri apabila sudah tiba masanya.
Periksa Kereta
Pastikan kenderaan anda berkeadaan dan boleh
berfungsi dengan baik. Dibimbangi kereta rosak apabila ia perlu digunakan
kelak. Sudah pasti ia boleh menimbulkan rasa panik dan kelam kabut sedangkan
isteri perlu segera dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Telefon
Gajet ini sangat penting. Adalah sangat penting
untuk anda memastikan telefon yang dimiliki mempunyai baki kredit yang
mencukupi untuk membuat sebarang panggilan jika anda menggunakan talian
prabayar. Selain daripada itu, pastikan juga bateri telefon sentiasa penuh agar
dapat digunakan untuk membuat panggilan ketika kecemasan.
INFO
Anda mungkin takut melihat darah. Namun, anda masih
boleh menemani isteri di peringkat awal proses kelahiran. Biasanya di tahap
pertama proses bersalin, isteri mula
mengalami kontraksi yang lebih kerap.
No comments:
Post a Comment