Keguguran
membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu
di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu,
perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi.
Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar
rahim ibunya.
Sebab-Sebab Terjadi Keguguran
Natural Selection - Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara
tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang
rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan
menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah
atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima
kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba
mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu
akan merasai kesakitannya.
Ovum dan
sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan
pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh
merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.
Kecacatan
struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing
manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh
menyebabkan keguguran.
Penyakit
keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya
disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan
menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.
Sebab-sebab
yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12
minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu,
masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah
uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak
berupaya menahan tekanan.
Faktor
rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan
normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang
menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.
Tanda-Tanda Keguguran
Rasa loya
dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung
mencecah 12 minggu.
Ari-ari
terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.
Pendarahan
semasa mengandung.
Perut
mengecil secara tiba-tiba.
Ibu
demam, tidak sihat atau pengsan.
Rawatan
Rawatan
diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.
Imunisasi
dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu
mengandung lagi.
Zat
makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik.
Sekiranya
ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu
dilakukan bagi membuang sisa kandungan.
Tetapi
jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi
membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh
terjadi sekiranya dibiarkan.
Sekiranya
masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical
Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya
dibuka selepas cukup bulan.
Selain
itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah
ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.
Ubat
hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang
hormon.
Tip
Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.
No comments:
Post a Comment