Teknik pernafasan yang betul semasa proses
kelahiran dapat memaksimumkan jumlah oksigen yang sedia digunakan oleh anda dan
bayi. Malah, bernafas dengan cara yang betul membantu anda menangani kesakitan
akibat kontraksi.
Antara tertekan atau ketakutan, pernafasan anda
menjadi lebih pendek dan deras. Bahu pula akan tertarik ke atas ke arah
telinga. Pada masa yang sama, leher dan otot bahu juga mengalami tekanan dan
ketegangan. Jika terus panik, anda akan bernafas dengan cara yang salah iaitu
menyedut udara kedalam paru-paru dan menghembuskan nafas secara
tercungap-cungap. Pernafasan dalam keadaan panik bakal mengurangkan jumlah oksigen
yang diambil untuk tubuh dan bayi yang dikandungi. Malah, anda mudah berasa pening dan akan
hilang kawalan. Lebih teruk, jari jemari dan mulut boleh terasa kebas.
Adakah normal apabila mengalami kontraksi, anda
bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda
tidak menjadi lebih deras dan bertukar menjadi pernafasan panik. Gunakan kaedah
pernafasan Re-Laks. Sewaktu menarik nafas, sebutkan dalam hati perkataan “Re”
dan semasa menghembus nafas sebut perkataan “Laks”. Tumpuakan perhatian dengan
menyebut di dalam hati perkataan Re-Laks berulang kali setiap kali bernafas. Sewaktu
menghembuskan nafas, lepaskan apa jua tekanan yang sedang anda hadapi. Fokuskan
kepada bahagian otot yang sedang mengalami ketegangan. Oleh itu, anda bolehlah
menyebut di dalam hati secara panjang perkataan “Laaaaaks” setiap kali anda
menghembus nafas.
Anda juga boleh mengira sewaktu bernafas. Semasa
menarik nafas, kira angka satu hingga tiga dengan perlahan-lahan. Anda juga
boleh mengira sebarang nombor yang anda mahu. Semasa menghembus nafas pula. Lakukan
perkara yang sama juga. Anda akan dapati
bahawa adalah lebih selesa apabila mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan
empat kali untuk hembusan nafas.
Bernafas dengan dengan melalui hidung dan hembus
melalui mulut dengan lembut. Lazimnya, ramai wanita hamil mendapati membuat
bunyi-bunyian semasa menghembus nafas seperti “oooooh” atau “aaaaah” amat
membantu.
Di antara sela waktu kontraksi, anda digalakan
untuk meminum sedikit air (jika dibenarkan doktor) bagi menghindari masalah
mulut menjadi kering.
Sememangnya pernafasan yang baik dan pada masa yang
sama berkeadaan tenang setiap kali
mengalami kontraksi. Oleh yang demikian, sokongan suami sangat diperlukan. Dia
dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan turut sama
melakukan corak pernfasan yang dicadangkan bersama-sama.
Disarankan, anda memandang mata suami manakala dia
pula memegang tangan anda. Ikut lah cara dia bernafas sama seperti yang
dicadangkan di atas. Teknik pernafasan ini amat membantu sepanjang tempoh
bersalin terutamanya ketika anda mula keletihan.
Sebaik-baiknya, anda berdua membuat latihan
pernafasan ini sepanjang tempoh kehamilan. Mungkin, pada awalnya anda dan suami
berasa kurang selesa.
No comments:
Post a Comment