"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 October 2013

Apa Itu Gejala Kencing Kotor?

Kencing Kotor amat menyakitkan jika anda mengalami. Apa itu UTI?

UTI atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing kotor adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang, salur kencing ureter dan urethra. Ureter ialah salur yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing manakala urethra pula ialah salur yang menyambung pundi kencing keluar tubuh. Wanita hamil amat mudah dijangkiti penyakit kencing kotor atas beberapa faktor berbanding golongan lain.

Mengapa Wanita Hamil Berisiko Mengalami UTI?

Perubahan hormon yang tinggi ketika hamil akan menyebabkan beberapa perkara yang menjurus kepada masalah kencing kotor. Antaranya ialah:
  • Kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing betambah lemah menyebabkan ia merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • Rahim semakin membesar dan menekan salur kencing uterer daripada luar menyebabkan pergerakan air kencing tersekat.
  • Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula.


Bagaimana UTI Boleh Menjejaskan Bayi Anda?

Kalau si ibu berisiko mendapat jangkitan kuman pada buah pinggang disebabkan oleh UTI, bagi bayi yang dikandung pula akan mengalami kemungkinan kelahiran awal atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat.


Simptom UTI

Buat wanita hamil sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di bawah, pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya:
  • Kerap terasa membuang air kecil namun gagal mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing berdarah dan berbau busuk.
  • Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks dengan suami.
  • Demam.

Bebas Daripada Gejala UTI

Setelah mengetahui faktor yang menyebabkan UTI, beberapa tindakan perlu diamalkan bagi mencegah komplikasi UTI ini ketika anda mengandung. Antaranya ialah:
  • Minum air dengan banyak. Sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  • Terus buang air kecil jika terasa ingin berbuat demikian. Menangguhkan pembuangan air kecil menggalakkan pembiakan kuman.
  • Digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks bersama suami.
  • Tukar pelapik seluar dalam sekerap mungkin
  • Kurangkan pengambilan makanan manis
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri terutama bahagian sulit

No comments:

Post a Comment