Rahsia Makanan Otak Genius Bayi
Kajian telah menunjukkan 90% kepintaran anak itu bermula sejak dalam kandungan lagi dan makanan antara sumber yang penting dalam merangsang otak bayi. Oleh itu ibu perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan itu adalah untuk dirinya dan anak dalam kandungan.
1. Madu
Makanan yang sangat berkhasiat yang dinyatakan dalam Al Quran. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral protein, antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu.
2. Kismis
Kismis mengandungi zat besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Dengan ini, ia menjadi makanan pencetus untuk membentuk otak anak genius.
3. Susu Segar
Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal. Ia juga berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak. Sabda Rasullullah s.a.w, susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yang baik dan menghindarkan penyakit lupa.
4. Telur
Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak. Telur mengandungi kekuatan protein, mineral, vitamin, kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, nartrium, klorin, zat besi, air dan bahan-bahan aktif. Telur ayam kampung terbaik untuk memberi kepintaran pada anak.
5. Kurma
Jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C dan E.
6. Buah Delima
Buah ini boleh menjadi penerang hati. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud "Barang sesiapa yang memakan buah delima, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari".
7. Kekacang
Kekacang turut memberi kekuatan pada perkembangan genius kanak-kanak. Kacang seperti gajus, soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak. Ia mengandungi nilai protein yang tinggi.
8. Labu
Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda "makanlah labu kerana ia memberi kecerdasan kepada akal serta jika kamu membuat sup atau kuah kemudian memasukkan labu maka ia akan meningkatkan kemampuan keupayaan akal dan fikiran.
9. Minyak Sapi
Minyak sapi membekalkan otak yang genius. Biasakan dengan masakan menggunakan minyak sapi.
10. Sayur-Sayuran
Sayur-sayuran dan buah-buahan begitu kaya dengan vitamin yang membanu meningkatkan daya ingatan.
Ibu juga perlu mengambil suplemen vitamin dan nutrien yang mencukupi agar bayi dalam kandungan dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Bagi ibu yang masih mencari suplemen yang baik sepanjang kehamilan. Jom la singgah blog terbaru Kak Engku ye.
ReplyDelete