"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

20 September 2013

Makanan Yang Tidak Sesuai Sepanjang Penyusuan Susu Ibu


1. Makanan Laut Tinggi Merkuri

Elakkan daripada makan ikan yang tinggi dengan merkuri terutamanya ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuk udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.

2. Buah-Buahan Sitrus

Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren dan limau gedang berasid boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Ini boleh membahayakan bayi anda. Bayi yang sensitif terhadap sitrus dalam susu ibu mungkin mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau epal.

3. Alahan Makanan

Berjaga-jaga dengan tanda alahan makanan pada bayi anda. Dia mungkin mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur atau gatal-gatal, ruam dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi. Jika bayi anda mempunyai sebarang gejala ini, cuba hadkan pengambilan susu dan produk tenusu, produk gandum dan kerang, dan elakkan kacang tanah dan produk kacang lain (sekadar menyebut alahan yang paling biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak).

4. Alkohol 

Elakkan daripada meminum alkohol sebelum menyusu. Alkohol di dalam susu ibu boleh mendatangkan kesan yang tidak baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu. Alkohol yang digunakan dalam masakan adalah biasanya selamat dimakan kerana alkohol berkenaan akan mengalami penyejatan.

5. Kafein

Untuk penggemar kafein, kurang atau cuba elak mengambilnya buat sementara kerana kafein boleh mengakibatkan iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. Jika boleh, elakkan minuman berkarbonat, berjaga-jaga dengan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman coklat yang berlebihan. Ini mungkin masa yang sesuai untuk membuang tabiat pengambilan kafein dan jika sangat teringin bertukar kepada kopi atau teh yang telah dinyahkafein.

2 comments:

  1. boleh ke minum air sejuk semasa jika kita masih menyusukan bayi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu boleh minum air suam la ye hihi. klu minum air sejuk (berais) nanti kembung lak perut baby dan klu masa berpantang, boleh gigil seluruh badan lak nanti

      Delete