"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

11 September 2013

Jika Bayi Mama Tercekik



Bertenang – jangan cuba untuk keluarkan objek yang tersekat di dalam mulut bayi menggunakan jari kerana anda mungkin menambah masalah lain pula.

Tiarapkan bayi di lengan atau paha anda. Jadi lehernya disokong dan kepalanya lebih rendah daripada badannya.

Tepuk belakang badan bayi dengan tapak tangan anda. Objek yang berada di dalam mulutnya mungkin terkeluar.

Jika anda masih tidak berjaya mencungkil objek yang tercekik selepas lima kali percubaan, baringkan dia dan gunakan hujung jari anda untuk mengurut tulang dadanya.

Jika bayi anda mula tidak sedarkan diri, cuba kejutkan dia dengan menepuk tapak kaki atau memanggil namanya. Baringkan dia dan pastikan dia bernafas dengan melihat gerakan dadanya atau mendekatkan telinga anda pada mukanya.

Jika dia tidak bernafas, minta bantuan sesiapa yang bertauliah untuk melakukan CPR bagi membolehkan dia bernafas semula.

No comments:

Post a Comment