"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

06 September 2013

Alahan Makanan Terhadap Bayi



Masalah ini perlu dicegah walaupun terdapat rawatan yang berkesan kerana risikonya adalah tinggi di kalangan kanak-kanak. Perlindungan jangka panjang diperlukan untuk mengurangkan sensitiviti pada organ lain seperti kulit, paru-paru dan hidung.

Tanda-tanda alahan makanan termasuklah urtikaria (kulit menjadi merah dan gatal), ekzema, muntah, loya, cirit-birit, lelah, mata berair dan merah, mulut, anak tekak, lidah, mata dan kadang-kadang keseluruhan tubuh badan menjadi bengkak. Kebanyakkan tindak balas adalah ringan namun jika teruk, ia dipanggil anaphylaxis dan boleh membawa maut.

Jenis makanan yang menyebabkan alahan bergantung kepada individu Malaysia, kebanyakan makanan laut (70%) seperti udang, udang kering, ketam dan makanan biasa (20%) seperti telur, susu lembu, ikan bilis, tepung, kacang, tepung serta buah-buahan (10%) seperti pisang dan rambutan boleh menimbulkan alahan.

Alahan kepada susu lembu juga selalu berlaku pada bayi. Alahan yang teruk akan menyebabkan bayi tidak membesar, selalu muntah dan kadang kala muntah darah. Langkah untuk mengurangkan risiko alahan makanan termasuklah menyusui susu ibu sepenuhnya. Jika menghadapi kesukaran menyusukan susu anak, anda harus mendapatkan nasihat doktor untuk memberi rumusan susu ipoalergik pada bayi.

Sehubungan itu, makanan pejal harus diberi hanya selepas bayi berusia enam bulan dan satu jenis makanan yang berbeza harus diberi setiap minggu. Makanan yang memberi alahan sepatutnya diberi agak lewat kepada si kecil.

No comments:

Post a Comment