"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

04 September 2013

Harga Minyak Naik Tapi Gaji Tak Naik Naik

Salam sayang buat semua! Mmm! Kecoh dan hangat perbincangan minggu nie pasal harga minyak petrol RON95 naik.

Kak Engku pun sebenarnya tidak bersetuju di atas cara & gaya ianya dinaikkan kerana ia agak "mengelirukan" dan secara tiba-tiba apatah lagi selepas menyambut hari kemerdekaan sabtu lalu.

Dari segi kenaikan minyak, ia sebenarnya memberikan kesan domino bukan hanya secara langsung kepada pengguna minyak Ron95, tetapi ia bakal "diterjemahkan" kos kenaikan tersebut kepada kos pengangkutan barang yang akan memberikan kesan kepada kos kenaikan harga barang pengguna dan hampir semua jenis barang walaupun ianya diangkut menggunakan sampan.

Mungkin ramai tidak perasan tentang kejatuhan pasaran saham New York serta lemahnya matawang kita jika dibandingkan dengan US dollar serta matawang utama dunia sejak beberapa minggu ini. Apa maksudnya? Maksudnya ialah kos kerajaan menanggung subsidi minyak serta kos yang melibatkan tukaran matawang telah meningkat sejak beberapa bulan ini.

Apa yang Kak Engku ingin ingatkan adalah, jangan buang masa mengeluh atau mencarut kerana itu semua tidak akan menyelesaikan masalah kos kenaikan harga barang yang sedang menjelang. Fahami sistem ekonomi kapitalis & inflasi, tidak pernah dalam sejarah harga barang akan semakin turun, tidak pernah dalam sejarah harga rumah akan semakin turun, tidak pernah kos sara hidup akan menurun, itu sistem ekonomi yang telah wujud. Dan jangan buang masa buat masa ini untuk merubah sistem ekonomi dunia.

Apa yang kita perlu buat? Seperti apa yang Kak Engku selalu katakan di dalam blog Kak Engku, jangan buang masa untuk ubah sistem ekonomi dunia tetapi perbaiki sistem ekonomi dan tingkatkan kewangan dalam keluarga kita. Bagaimana? Mulalah melihat semua perbelanjaan yang ada dan serta merta "cut-off" atau kurangkan kos perkara yang tidak perlu atau membazir. 

Misi kita ada 3

1. Kurangkan kos
2. Banyakkan tunai/lebihan simpanan
3. Cari jalan tambah pendapatan.

Fahamilah apa yang Kak Engku kongsikan ini kerana kita perlu mengesan "signal" lebih awal dan pantas. Kita mungkin telah lalui zaman krisis kewangan 1986, 1997 & 2008. Gaji anda tidak akan boleh menampung "gegaran kewangan" ini jika tidak bertindak segera. Tapi jika anda tidak percaya, terpulang. Kak Engku pun tak rugi apa.


Kenapa Kak Engku sibuk mengajak berbisnes (tambah pendapatan) supaya terbuka minda dan hati untuk ada ilmu berniaga? Kerana kita tidak ada kekuatan ekonomi dan tunai yang tinggi untuk "survive" apatah lagi untuk ambil peluang perniagaan & pelaburan yang wujud bila krisis melanda. Jika masih lagi tercari-cari cara untuk memulakan perniagaan walaupun sekecil-kecil perniagaan. Jom sertai Kak Engku Biz Partner. Kak Engku sudi membantu. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment