Anak adalah anugerah Allah yang tidak terhingga buat
pasangan suami isteri. Ia bagaikan suatu rahmat yang menyinari keluarga dan
penguat ikatan kasih sayang yang telah terjalin sekian lama. Namun Qada dan
Qadar juga terangkum dalam ketentuan Ilahi dan kita sebagai manusia tidak mampu
untuk mengelakkannya. Memang suatu kenangan yang cukup pahit jika cahaya mata
yang diidamkan dan ditunggu-tunggu selami ini tidak sempurna fizikal mahupun
mentalnya atau lbih tepat cacat. Namun jika direnung daripada perspekitif
Islam, ibu bapa seharusnya reda dengan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh
Allah. Ini mungkin suatu ujian malah mungkin juga suatu rahmat.
Jangan diratapi dan kecewa apalagi menghina kerana
dari situlah tahap keimanan seseorang Islam akan teruji. Kita sebagai ibubapa
mesti menerima kejadian yang telah ditetapkan oleh Allah dan anggaplah anak
yang dilahirkan sebagai rahmat.
Terimalah anak itu dengan hati yang terbuka. Ada
juga ibu bapa yang kecewa dan terhina apabila melihat anak yang dilahirkan itu
cacat. Tetapi ibu bapa juga perlu ingat kerana ini adalah suatu ujian yang
benar-benar menguji tahap keimanan ibu bapa tersebut. Ingatlah bahawa anak itu
amanah Allah walau apa jua kecacatan yang dialami.
Bagaimanapun, anak yang dilahirkan cacat fizikal
belum tetntu cacat mental. Ibu bapa perlu berlaku adil agar anak cacat ini
tidak berasa diketepikan dan tidak dihiraukan
oleh ibu bapa mereka. Mereka juga seperti insan lain yang ingin dimanja
dan disayangi.
Ibu bapa juga wajib memberikan pendidikan yang baik
agar menjadi insan yang berguna di masa hadapan walaupun pada hakikatnya mereka
tidak sempurna seperti insan lain. Namun kita sebagai manusia biasa dituntut
berikthtiar bagiu menghindarkan diri daripada anak cacat.
Ibu perlu mengamalkan rutin hidup yang sihat seperti
banyakkan beramal dengan unsur atau benda yang baik. Banyakkan sembahyang
sunat, bertasbih dan membaca Al-Quran. Amalan ini sebenarnya bukan hanya ketika
mengandung tetapi juga berterusan dan menjadi amalan hidup sehari-hari.
Selain itu, apa yang penting sumber makanan ibu yang
mengandung perlu halal. Jika makanan yang diambil itu daripada sumber yang
tidak halal, ini akan memberi kesan yang tidak elok kepada anak-anak. Selain
peranan isteri, pihak suami juga seharusnya memikul tanggungjawab bersama-sama
membantu isteri yang sarat mengandung. Janganlah sakiti hati isteri. Ini pasti
akan memberikan kesan yang tidak kepada pertumbuhan mental dan emosi anak.
Kestabilan emosi anak juga mempunyai perkaitan rapat
dengan sikap ibu bapa. Contohnya dari segi percakapan dan tingkah laku seharian
ibu dan bapa tersebut. Apabila memperkatakan mengenai penerimaan masyarakat
terhadap ibu bapa yag dianugerahkan anak cacat ini, sudah pasti ada pro dan
juga kontranya.
Tetapi rata-rata masyarakat akan memberikan suatu
pandangan atau gambaran yangnegatif seperti menghina, mencemuh, mengumpat dan
sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan manusia atau masyarakat akan menghina
ibu bapa yang dikurniakan anak yang cacat dengan pelbagai persepsi negatif.
Tetapi sebagai umat islam yang dituntut agar
bersabar seharusnya reda dan menyemai kesabaran yang cukup tinggi agar segala
tomahan yang dilemparkan itu dianggap sebagai cabaran. Cabaran yang dimaksudkan
ialah terus gigih dan bersemangat untuk mendidik anak yang cacat itu.
Kelahiran anak cacat ini juga boleh menimbulkan rasa
keinsafan kepada kebesaran dan kejadian Ilahi yang Maha Hakiki. Tiada suatu
kuasapun yang mampu menghalang kekuasaan-Nya.
No comments:
Post a Comment