Setiap pasangan ibu bapa sememangnya mahu
dikurniakan cahayamata yang sihat, cerdas, dan pintar. Bayi yang sihat ini
paling tidak memberi satu kepuasan bagi setiap pasangan dan ia juga memberi
kebahagian yang tiada taranya. Malah sememangnya itulah yang menjadi impian
setiap ibu bapa.
Namun kemungkinan mendapat anak yang cacat juga
menjadi satu perkara yang membimbangkan para ibu bapa. Kecacatan yang berlaku
pada bayi boleh dielakkan. Kecacatan bayi adalah atas pelbagai faktor.
Antaranya genetik, pengambilan ubat yang tidak sesuai oleh ibu semasa
mengandung dan ibu yang sentiasa sakit.
Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga
seharusnya diteliti terlebih dahulu latar belakang pasangan yang ingin
dikahwini. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya salah fahm antara kedua-dua
pihak dan supaya tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.
Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, setiap lelaki perlu mencari tempat yang
sesuai untuk meletakkan benih mereka agar lahir zurait yang baik.
Selain itu, ibu bapa juga seharusnya sedar pelbagai
kemungkinan boleh menyebabkan kecacatan. Antaranya jika ibu yang mengandung itu
mengalami demamyang berpanjangan, tersilap ambil ubat dan ibu yang mengalami
diabetes. Pemeriksaan ke atas ibu yang mempunyai risiko penyakit amat perlu
sebaik sahaja mereka disahkan hamil.
Pemeriksaan dari semasa ke semasa boleh menentukan
tahapkesihatan ibu dan bayi. Selain itu ujian ultrasound biasanya akan dapat
memastikan samada bayi yang dikandung itu cacat atau tidak. Nasihat kepada
bakal ibu, terlebih dahulu periksa tahap kesihatan jikamerancang untuk
mengandung. Tahap umur yang terlalu lewat juga kurang sesuai kerana kejadian
kecacatan disebabkan oleh umur ibu serta kualiti telur yang dihasilkan.
Biasanya bayi yang lahir mengalami sindrom down.
Oleh itu yang perlu dielakkan perlu dielakkan. Selain itu, sewaktu mengandung
perlulah mengambil makanan yang berkhasiat dan lebihkan protein, sayuran dan
buahan.
Faktor lain yang menyebabkan kecacatan bayi ialah
infection seperti rubela dan ibu diserang demam sewaktu mengandung. Jangkitan
dalaman seperti herpes virus juga boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Selain
itu, penyebab lain yang boleh menyebabkan kecacatan ialah parasit seperti yang
terdapat pada kucing iaitu toxoplasma.
Bakteria juga berperanan menyebabkan kecacatan iaitu
penyakit sifilis. Semasa melahirkan anak, ibu yang membawa bakteria itu
menyebabkan anaknya turut dijangkiti dan lebih serius lagi kerana tahap
ketahanan bayi amat kurang berbanding orang dewasa.
Bagi mereka yang ingin mengelakkan kecacatan pada
bayi bolehlah berjumpa dengan pakar kaunseling genetik. Ini juga termasuk bagi
para ibu yang sudah berumur yang mahu menimang cahaya mata lagi. Setelah itu,
berjumpalah doktor yang boleh menentukan sama ada bayi yang dikandung itu
mengalami kecacatan ataupun tidak.
Jika kandungan itu boleh memudaratkan ibu adalah
lebih baik untuk menggugurkannya. Namun sebaik-baiknya perlu meminta nasihat
doktor terlebih dahulu. Namun jika masih dikurnikan anak cacat, ibu bapa
perlulah mencari jalan bagaimana untuk mendidik anak ini dan berusaha
membimbingnya.
No comments:
Post a Comment