"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

16 July 2013

Rawatan Mudah Si Kecil



Bukan mudah untuk menjaga dan membesarkan bayi. Ernyata ia memerlukan kesabaran apatah lagi banyak perkara yang perlu diambil kira terutama soal penjagaan kebersihan dan rawatan terhadap sikecil. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, si kecil mudah berhadapan dengan pelbagai penyakit.

Berikut antara masalah biasa yang dihadapi dalam menjaga si kecil dan bagaimana cara serta rawatan yang betul untuk mengatasinya.

Tali Pusat

Pada bayi yang baru lahir, penting untuk anda menjaga kebersihan bahagian ini kerana ia mudah mendapat jangkitan. Setiap kali selepas mandi, astikan sekitar tali pusat benar-benar kering dan sapukan ubat yang diberikan doktor di sekelilingnya untuk membunuh kuman dan mengeringkan pangkal tali pusat yang akan mengecutkannya lalu tanggal dengan sendirinya dalam masa satu ke dua minggu. Jangan sesekali meletakkan sebarang herba atau ramuan yang anda buat sendiri pada tali pusat tersebut.

Mata

Elak menggunakan kuku untuk membersihkan tahi mata si kecil. Ia mendedahkan si kecil pada risiko jangkitan kuman. Gunakan kapas yang dilembapkan dengan air suam untuk membersihkan mata si kecil. Selain itu, anda boleh amalkan mengurut perlahan dari sudut mata dalam ke bawah ke arah hidung untuk membantu membuka saluran air mata si kecil agar tidak tersumbat.

Kulit

Mandikan si kecil untuk membersihkan kulitnya terutama jika si kecil kuat berpeluh. Jika tidak mandi, ia boleh dilakukan dengan mengelap tubuhnya menggunakan kain basah. Gunakan sabun yang dirumus khas untuk kulit bayi. Setelah mandi, sapukan minyak bayi yang mengandungi vitamin E untuk memberi kelembapan dan mengelakkan kulit si kecl daripada kekeringan. Beri perhatian pada ruang sekeliling bayi. Elakkan meletakkan bayi di ruang yang terlalu panas. Jika selalu berpeluh, sentiasa lap peluhnya dengan kain lembap terutama pada bahagian pelipatan.

Kepala

Kerak pada kulit kepala adalah keadaan biasa yang sering dialami si kecil. Anda boleh sapukan minyakbayi dan perlahan-lahan urut secara lembut hingga kerak tersebut tanggal sedikit demi sedikit. Jangan cuba mengopek kerak tersebut terutama dengan kuku anda. Jika berdarah, ia boleh menyebabkan jangkitan. Pastikan si kecil berada dalam ruang yang udaranya sederhana. Udara yang panas dan membuatnya berpeluh akan membuat kerak pada kulit kepala semakin bertambah. Elakkan memakaikan topi pada si kecil agar kulit kepalanya boleh menerima udara untuk memudahkan kerak tersebut tanggal. Jika terlalu teruk, anda boleh membawanya ke doktor untuk diberi rawatan yang sewajarnya.

Rambut

Rambut si kecil tidak seharusnya disyampu setiap kali mandi. Cukup sekadar tiga kali seminggu. Gunakan syampu yang dirumus khas unuk bayi dan mengandungi pro vitamin B5 agar rambutnya sihat, mudah diurus dan kelihatan bercahaya. Terdapat losyen rambut yang mengandungi pro vitamin B5 dan vitamin E yang membantu pertumbuhan rambut si kecil sekaligus mengekalkan kelembapannya.

Hidung

Jangan sesekali menggunakan putik kapas atau jari anda untuk mengeluarkan kotoran dalam hidung si kecil. Perbuatan itu hanya akan menyebabkan kotoran tersebut semakin jauh ke dalam malah boleh mencederakan kulit si kecil. Unuk mengeluarkan kotoran dalam hidungnya, anda boleh gunakan penyedut khas yang direka untuk bayi bagi tujuan tersebut.

Telinga

Sama seperti hidung, bahagian dalaman telinga tidakboleh anda bersihkan sewenangnya melainkan jika kotoran tersebut sudah keluar dan kelihatan berada di pinu luar lubang telinga. Anda boleh gunakan putik kapas yang dicelup dengan air suam untuk membersihkan kotoran tersebut. Begitu juga dengan bahagian luar telinga. Jika ada kotoran di dalam lubang telinga si kecil yang sudah mengeras dan semakin bertambah tetapi tidak juga keluar, anda bawa si kecil berjumpa doktor untuk mengatasi maslah tersebut.

Mulut

Bayi yang baru lahir tidak prlu rawatan khusus untuk membersihkan mulutnya sehingga dia mula diberi makanan pejal pertamanya. Apabila bayi sudah mula diberi makan, cukup sekadar memberinya minum air putih untuk membersihkan mulutnya. Setelah si kecil mula tumbuh gigi, ia boleh dibersihkan sekali sehari dengan berus khas atau menggunakan kain kasa steril yang dibasahkan dengan air suam.

Kuku

Sejak bayi mula lahir, anda boleh mula memotong kukunya. Ia perlu dilakukan dengan berhati-hati agar kulitnya tidak tergunting. Walaupun sudah dipotong namun kuku si kecil masih lagi tajam. Kerana itu pada bayi yang baru lahir perlu dipakaikan sarung tangan walaupun kukunya pendek unuk mencegah daripada mengguris kulit wajahnya malah berisiko mencederakan matanya. Potong kuku si kecil sewaktu dia tidur.

Punggung

Bahagian yang paling mudah terkena ruam kerana ada kaitan dengan penggunaan lampin yang memudahkan kulit bahagian tersebut terdedah pada jangkitan bakteria. Selalunya timbul kesan kemerahan dan ruam yang gatal. Ia mudah hilang jika ditangani dengan betul namun mudah juga berulang semula.

Penggunaan lampin kain sebenarnya membantu mengelakkan risiko jangkitan kerana ia akan segera diganti setiapkali si kecil membuang air. Selain itu, elakkan daripada selalu menukar jenama lampin si kecil. Jika sudah dapat jenama yang sesuai, teruskan saja penggunaannya. Ketika memakaikan lampin pakai buang, jangan lekatkan terlalu ketat pelekatnya. Kendurkan sedikit untuk memudahkan pengaliran udara.

No comments:

Post a Comment