"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

17 July 2013

Merawat Kulit Si Kecil




Menjaga kesihatan kulit bayi anda seharusnya tidak dipandang ringan begiu sahaja. Malah, anda juga dinasihatkan tidak menggunakan sebarang produk tanpa memastikan keselamatannya terlebih dahulu.

Ramai ibu bapa yang adakalanya tidak sedar melakukan kesilapan dalam merawat dan menjaga kesihatan kulit bayi mereka. Apa yang benar dan apa yang salah? Berikut antara perkara yang perlu anda berikan perhatian dalam merawat kulit si kecil anda.

Sentiasa bersihkan kotoran pada kulit bayi seperti sisa makanan, urin dan najis menggunakan air bersih. Mandikan si kecil anda dua kali sehari. Jika bayi anda seorang yang aktif dan mudah berpeluh, tidak salah memandikannya tiga kali sehari.

Elakkan menggunakan sabun orang dewasa terutamanya yang kandungan Phnya tinggi untuk bayi. Gunakan sabun khas untuk bayi yang mempunyai PH yang lebih rendah bagi menjaga kelembapan kulit bayi dan menghindari iritasi atau keradangan kulit. Selain itu, gunakan pelembap atau losyen khas untuk bayi bagi membantu menambah kelembapan kulitnya.

Elakkan bayi daripada terdedah secara langsung di bawah sinar matahari kerana kandungan ultraviolet yang tinggi tidak baik untuk kulit si kecil anda.

Tukar lampin bayi sebaik saja basah atau membuang air besar. Jangan biarkan urin atau najis terlalu lama melekat pada kulit bayi.

Sentiasa jaga kebersihan kulit punggung dan sekitar alat kelaminnya. Setiap kali mengganti lampin, bilas bersih dan keringkan dengan tuala hingga benar-benar kering bagi mengelakkan kulit masih lembap atau basah sewaktu memakaikan lampin baru.

Peluh juga menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan boleh menimbulkan rasa gatal dan ruam. Sebaiknya mandikan bayi secara teratur setiap hari kerana ia salah satu cara agar pengeluaran peluh juga lancar.

Jika bayi anda mudah berpeluh, sentiasa lap dengan kain yang dilembapkan dengan air sebelum diulangi dengan kain kering. Elakkan menabur bedak pada bahagian yang mudah berpeluh.

Pakaikan bayi dengan pakaian dari kain yang mudah menyerap peluh. Jika bajunya sudah basah dengan peluh, tukarlah dengan baju yang baru bagi mengelakkan iritasi terhadap kulitnya.

No comments:

Post a Comment