Risiko luka mengalami jangkitan selepas pembedahan bukanlah perkara
asing. Jadi bagaimana cara untuk memastikan luka sentiasa jauh dari
kuman dan mempercepatkan penyembuhan? Pelbagai faktor memainkan peranan
dalam memastikan luka selepas pembedahan cepat sembuh.
Selain mengambil makanan kaya protein, penjagaan luka juga penting untuk memastikannya cepat sembuh. Luka perlu dibersihkan setiap hari. Tidak perlu menggunakan antiseptik mahupun sabun sekiranya luka tersebut bukan tergolong dalam luka yang dijangkiti kuman. Cukup sekadar mencuci dengan air bersih dan kemudian pastikan luka tersebut kering.
Air yang berkumpul pada luka boleh menyebabkan jangkitan kuman merebak dengan cepat. Luka juga mudah terbuka kembali jika tidak dijaga rapi. Tiga faktor pendorong ialah, faktor pesakit itu sendiri iaitu sejauh mana tahap kesihatannya sebelum pembedahan dilakukan.
Kedua, jenis pembedahan iaitu bersih atau kotor. Pembedahan tiriod misalnya pembedahan yang bersih. Risiko luka dijangkiti kuman sangat rendah. Tetapi pembedahan perut yang pecah akibat kemalangan, dikategorikan sebagai pembedahan yang kotor. Kemungkinan untuk kuman merebak sangat tinggi.
Faktor ketiga pula adalah persekitaran. Jika pesakit ditempatkan bersebelahan dengan pesakit yang turut mengalami luka teruk, kemungkinan kuman berjangkit boleh berlaku. Begitu juga dengan orang yang membersihkan luka tersebut. Mereka perlu peka dengan perkara-perkara kecil sebegitu.
Walaupun nampak mudah tetapi perlu dijaga bagi memastikan luka cepat sembuh dan tidak dijangkiti penyakit.

No comments:
Post a Comment