"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

11 July 2013

Ramadhan Bulan Nyah Toksin Dalam Badan




Ramadhan muncul lagi. Bagi umat Islam, Ramadhan merupakan bulan yang dinantikan kerana selain berpuasa membersihkan dosa menyucikan jiwa, ia juga dilihat sebagai bulan menyah-toksin tubuh.

Orang kata perut sarang penyakit. Berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai “racun” yang bersarang di perut. Berpuasa sebenarnya memberi ruang masa yang cukup kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak dek pertambahan beban makanan harian yang kita makan.

Dengan berpuasa juga, toksin daripada kolon, buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru serta kulit boleh dikeluarkan dari tubuh secara menyeluruh. Hasilnya, ia mampu melapangkan kesan sumbatan pada dinding saluran pernafasan dan pemakanan. Bekalan oksigen yang lebih banyak menjadikan sel-sel lebih bertenaga. Kitaran pembersihan ini penting bagi sistem penghadaman sihat dan pencegahan barah usus.

Selain itu, tabiat pemakanan seseorang juga dilihat turut menyumbang kepada faktor kesihatan. Deretan bazar Ramadhan yang menawarkan pelbagai juadah enak yang jarang dijumpai di bulan lain sebelumnya tanpa kita sedari menyumbang kepada masalah peningkatan berat badan dan membuatkan kita rentan serangan penyakit dek peningkatan citarasa.

Justeru, pemilihan makanan seimbang ditambah suplemen berkualiti perlu untuk menghindar sebarang penyakit. Saranan pengambilan produk Shaklee di bulan puasa!

Waktu Berbuka Puasa – Berbuka dimulai dengan kurma lebih afdal berbanding kuih muih manis serta kurang serat yang dibeli di bazar Ramadhan. Selain juadah utama, anda boleh tambahkan gabungan terbaik minuman Performance Orange dan ESP Soy Protein Isolate Powder (ESP) untuk tenaga tambahan bagi menunaikan solat terawih di samping mengambil Alfalfa untuk proses detoksifikasi tubuh.

Sebelum Tidur – Amalkan segelas ESP berserta Vitamin lain seperti VitaLea, B Complex, Vita C Plus serta Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun anda bagi mengelakkan penyakit biasa seperti batuk, demam dan selesema memandangkan cuaca yang lebih panas di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Banyakkan minum air ketika bersahur dan semasa berbuka.

Waktu Bersahur – Anda boleh mengambil nasi atau apa jua juadah sahur.  Namun, memandangkan waktu yang singkat ditambah kesukaran mengejutkan anak bersahur, gabungan minuman Performance Orange dan ESP dapat memudahkan para ibu untuk memberikan yang terbaik buat keluarga agar kekal bertenaga pada siang hari. Juga jangan dilupakan Alfalfa untuk program detoksifikasi anda!

Selamat Berpuasa dan kekal sihat bertenaga daripada Shaklee untuk semua sahabat Muslim. Moga lebih jelita dan langsing di Hari Raya.

No comments:

Post a Comment