"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

12 July 2013

Latih Gaya Tidur Bayi Dari 0 - 3 Bulan

Bayi yang baru lahir sememangnya lebih banyak menghabiskan waktunya dengan tidur, selalunya antara 14 - 18 jam sehari dan sedikit berkurangan antara 12 - 19 jam setelah berusia sebulan. Selalunya bayi akan tidur berterusan antara 2 hingga ke 4 jam sebelum bangun terutama pada minggu awal selepas dilahirkan.

Bangun tidur bayi selalunya tidak menentu namum ternyata ia mungkin membuat anda harus sedia setiap masa dan peka apabila bayi bangun samada untuk menukar lampin atau menyusukannya. Sudah tentu juga tidur malam anda akan terganggu apabila bayi banyak terjaga dan meragam pada waktu tersebut.

Apa Yang Berlaku? - Jika anda perhatikan pada bayi yang baru lahir, bayi selalunya tidur dengan kelopak matanya selalu bergerak-gerak. Keadaan tersebut sebenarnya berkait rapat dengan keperluan dan perkembangan dalam otaknya. Gaya tidur bayi peringkat awal ini tidak sama dengan orang dewasa. Dalam keadaan ini, bayi sebenarnya tidak tidur nyenyak. Kerana itu dia mudah terkejut dan terjaga apabila ada gangguan di sekelilingnya seperti bunyi bising.

Keadaan ini adalah salah satu proses perkembangan bayi dan ia tidak kekal lama, akan hilang apabila bayi semakin membesar.

Selepas Itu? - Jika pada peringkat awal, bayi banyak berjaga pada waktu malam, namum apabila usianya memasukki 6 - 8 minggu ke atas, corak tidur bayi selalunya mula berubah. Ketika ini, bayi mula banyak terjaga di siang hari dan lebih banyak tidur pada waktu malam melainkan bangun untuk menyusu apabila terasa lapar. Kali ini, bayi mula tidur nyenyak dan tidak begitu mudah terganggu seperti pada minggu terawal sebelum ini.

Bagaimana Mencorakkan Gaya Tidur Positif Pada Bayi? Berikut Panduannya.
  • Kenali Tanda Bahawa Bayi Anda Sudah Letih - Sewaktu usia bayi memasukki 6 minggu ke atas, selalunya bayi tidak akan mampu bertahan untuk berjaga lebih dari 2 jam pada satu-satu masa. Kerana itu anda harus peka dan tidak membiarkannya terus memaksa diri untuk berjaga kerana jika bayi terlalu letih, ia boleh menyukarkannya untuk tidur. Anda harus peka memperhatikan tanda-tanda bahawa bayi sudah mula letih seperti menggosok-gosok matanya, menarik telinganya atau bahagian sekitar matanya sudah mula kemerahan. Jika anda melihat tanda-tanda tersebut, bermakna anda harus menidurkan bayi anda.
  • Ajarinya Mengenali Waktu Siang Dan Malam - Mulakan untuk mengenalkan bayi perbezaan waktu siang dan malam. Apabila bayi bangun pada waktu siang, biasakan dengan suasana siang seperti biarkan cahaya luar menerangi ke dalam rumah, hindari suasana yang gelap, baisakan dengan bunyi bising seperti televisyen atau radio dan bermain bersamanya. Manakala pada waktu malam, ubah suasana menjadi sedikit gelap (jangan biarkan lampu menerangi keseluruhan ruangan biliknya), pastikan suasana sunyi dan tidak bising dan jika bayi terbangun pada tengah malam, jangan ajarnya bermain. Ini bagi membezakan waktu siang dan malam agar bayi mula mengenali bila sebenarnya waktu dia bermain dan waktu dia perlu tidur dengan nyenayk.
  • Cuba Biarkan Bayi Tidur Dengan Sendirinya - Pada usia 8 minggu ke atas, anda boleh mula mengajari bayi anda untuk tidur dengan sendirinya. Bagaimana? Letakkan bayi di katilnya apabila dia sudah mengantuk tetapi masih dalam keadaan berjaga. Selalunya jika sudah terlalu mengantuk, bayi akan tidur dengan sendirinya. Namum jika sudah sejak lahir anda menidurkan bayi dengan cara mendodoikannya, sudah tentu sukar untuk anda memulakan langkah ini. Tidak mengapa, mendodoikan bayi anda juga tidak salah bagi menidurkannya kerana ramai ibu berpendapat ia satu cara yang normal dan enjoy untuk melakukannya untuk si kecil anda.

10 comments:

  1. kak engku...bb sy dh kenyang..lampin clear..tidur kdg2 sampai didodoikan..tapi bile terlelap mesti terkejut2 berkali2...kenape yer?semua cara di atas saya dh lakukan tp still jadi jugak..fyi,bb saya br berusia sebulan seminggu..saya risaula..sbb bile kira waktu tidurnyer xspi pn 16jam sehari..tp die tak meragam..tu la maslahnyer..klu leh nk mintak pendapat kak engku..tq.-mama aqeel

    ReplyDelete
  2. mama aqeel: akak rasa cuba bendungkan baby semasa dia tidur, rasanye bile tangannya dibendung, insyaAllah baby takkan terkejut, tapi jgn ikat kuat sgt ye.

    ReplyDelete
  3. salam..
    kak engku..bb saya dh berumur 4bln..tp dia sush sgt nk tdur..bila dia mengantuk, dia akn menangis puas2 dlu, pastu bru dia akn tidur..lg 1 bila tdur dia mudah sgt terkejut, dan tgn dia sllu sja b'gerak2 sprti m'gosok mata dan lain2, cm ner yer nk atasinya???

    ReplyDelete
  4. slm bb kite tak suka dbandung..tdur pun asyik2 nk terkejut..skrg dia dh masuk 3bln.risau tengok dia tidur tak lena..lagi pun dia cepat berpeluh bla dbandung..tu yg buat dia marah..

    ReplyDelete
  5. salam,kak anak saya berusia 4 minggu.maslah saya ,anak saya tido siang nyenyak sangat,tp bila malam dia akan bangun dan memakan masa 3-4 jam untuk tido balik.susu diberi,semua diperiksa.ok.mata akan terbuka sampai ke pagi

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Engku,
    Baby saya berusia sebulan seminggu.
    Siang hari dia mmg tidur nyenyak,
    tapi bila malam saja, dia taknak tido dan nak menyusu sahaja
    kadang2 sampai kembung perut sebab nak menyusu saja tapi taknak tido sebab dia nak puting susu pada mulut dia sentiasa.
    Tolong saya Kak Engku...

    ReplyDelete
  7. salam kak ungku.. nk mintak pendapat skit.. anak saya 5 bln tp susah sgt nk tdo siang.. paling lama pn 30min jer... pengasuh pn x larat nk jaga.. anak saya nie mau berkepit jer..

    ReplyDelete
  8. Salam kak ungku...
    Bb Sya 2 bln..tak apa kh kalau dia tdo sja..setiap stu jam dia bgun mnysu...jga..

    ReplyDelete