"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 July 2013

Bayi Tidak Nyenyak Tidur

Bayi anda sukar tidur nyenyak dan tidurnya sering terganggu? Sudah tentu keadaan ini membimbangkan anda. Tahukah anda, masalah ini boleh membuat bayi kekurangan waktu tidur yang boleh menyebabkan masalah lain.

Gangguan tidur juga boleh mengganggu sistem kekebalan tubuh bayi serta pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya. Malah, kekurangan waktu tidur juga boleh memberi kesan terhada perkembangan otaknya. Ini kerana sebahagian besar pertumbuhan hormon otak bayi berlaku sewaktu dia sedang tidur.

Bayi yang kurang waktu tidur boleh mengganggu hormon yang bertugas untuk mengatur rasa lapar. Selain itu, ia juga mempengaruhi metabolisme dalam tubuh yang boleh meningkatkan risiko terhadap diabetes.

Kerana itu bayi perlu mendapatkan tidur yang cukup dan sudah tentu tidur yang nyenyak amat membantu keadaan ini selain memberi kesan positif terhadap perkembangan bayi.

Berikut beberapa sebab yang menyebabkan tidur bayi terganggu.
  • Flu Atau Batuk - Jika bayi menghidap flu atau batuk, keadaan ini akan mengganggu tidurnya. Batuk yang berulang ditambah dengan hidung yang tersumbat membuatnya sukar bernafas menyebabkan bayi tidak lena tidur dan kerap terjaga. Cuba tidurkan bayi dengan posisi kepalanya lebih tinggi daripada kaki. Sebelum tidur, berikan bayi minum air putih agar kerongkongnya lebih nyaman. Jika hidungnya tersumbat, anda boleh menyedut hidungnya menggunakan alat khas yang boleh didapati di kedai yang menjual barangan bayi. Selain itu, sapukan sedikit minyak panas di dadanya untuk membantu melegakan hidungnya dan memudahkan bayi tidur.
  • Kembung Perut - Bayi memang mudah mengalami keadaan ini terutama pada bayi yang baru lahir. Jika anda menyusukan bayi dengan susu badan, anda harus elakkan makan makanan yang boleh menghasilkan gas seperti bawang. Ini bagi mengurangkan risiko bayi anda mengalami keadaan kembung perut yang boleh mengganggu lena tidurnya.
  • Haus Dan Lapar - Apabila bayi haus atau lapar, keadaan ini juga mengganggu tidurnya. Cubalah berikan bayi makan satu jam sebelum masuk waktu tidurnya.
  • Basah - Lampin yang basah juga membuat bayi mudah terjaga. Kerana itu segeralah menggantikan lampinnya apabila basah agar tidur bayi lebih nyenyak.
  • Ruam Lampin - Keadaan ini biasa dialami bayi. Antara punca utamanya kerana sering membuang air dan kebersihan kulit yang tidak terjaga. Malah, bakteria yang terkandung dalam air kencing bayi boleh memburukkan lagi keadaan ruam tersebut. Sudah tentu ini membuat bayi tidak selesa dan tidurnya juga sering terganggu. Untuk mengatasi masalah ini, cuba ganti lampinnya yang basah sekerap mungkin. Hindari menggunakan kain basah kerana ia boleh menambahkan lagi ruam bayi anda. Keringkan bahagian yang basah dengan cara menepuk menggunakan kain kering, bukannya dengan cara menggosok. Sapukan krim pelindung sebelum memakaikan lampin dan jangan memakaikan lampin terlalu ketat. Selain itu, pilihlah lampin daripada jenis kain yang mudah menyerapkan peluh.
  • Banyak Bermain - Bayi jika terlalu banyak bermain akan semakin sukar untuk diajak tidur walaupun sudah sampai waktu tidurnya. Anda perlu memberi perhatian terhadap perkara ini. Jangan biarkan bayi anda terus bermain apabila waktu tidurnya sudah hampir tiba. Jika bayi kelihatan letih, menggosok mata dan sering menguap, bermakna dia sudah mengantuk dan segeralah menidurkannya.

10 comments:

  1. tq kak engku.. blog akak byk bg panduan..

    ReplyDelete
  2. Salam kak engku, ada tak cara lain utk mengatasi bayi berusia kurang sebulan dari kembung perut? Bayi saya sukar lena disebabkan kembung. adakah susu formula turut jadi penyumbang masalah ini?

    ReplyDelete
  3. bayi saya selalu haus bila tgh tidur.tiap2 2-3 jam mesti dia bangun nak menyusu.

    ReplyDelete
  4. bayi saya susah nk tidur..die nk tidur kalo berpegang..kalo letak atas tilam atau buai kejap je tidur...camane yer?

    ReplyDelete
  5. lagi 1,bayi saya suka sgt mengeliat sampai tidur terganggu...kalau dia mengeliat saya kena tepuk2 baru dia tdo balik tp mst berulang smpi die btol2 tidur lena...mmg cmtu ke?

    ReplyDelete
  6. naniezara: hehehe perkara tu memang biasa, cuba ajar baby, tetapkan waktu penyusuan, insyaAllah lama kelamaan baby akan faham dengan rutin tersebut.

    ReplyDelete
  7. eqin: lain baby lain ragamnye, tapi nasihat akak jangan ajar baby tidur berdukung, nanti kita juga yg susah hehehe. Ajak baby bermain sebelum tido atau tidurkan baby apabila dia betul betul sudah ngantuk, serta pastikan suasana, suhu bilik dan persekitaran yg selesa dan sunyi agar tido baby tak terganggu.

    ReplyDelete
  8. eqin: klu camtu, cuba bedungkan baby supaya baby tak terkejut atau tergamam sehingga boleh mengganggu tido baby.

    ReplyDelete
  9. kak engku anak saya selalu jer tekejut.. dah try bedung.. da taknak.. then ruam muka kt muka da mcm luka jer.. mcm mane eh??anak bru turn 1month yesterday.. then mcm flu n batuk n kahak.. da pegi specialist ada bg ubat.. yesterday pegi klinik gov, nurse bgtau baby xbgus minum ubat coz masi kecil n badan belum ready untuk trima ubat.. so now da stop.. tp kalau baby benafas mcm ada bunyi2 mcm tesumbat.. saya off lah kipas for a while.. n nk tnya mana lg bgus tdur guna kipas ke aircond? baby mcm kepanasan jer slalu bepeluh2.. so turn on aircond, bila da on, idung mcm tesumbat.. fyi,baby saya lahir premature..

    ReplyDelete
  10. kak engku, anak sy nk mencecah 3 bulan. Dia susah nak tidur siang. tp malam die tidur lena. Lg satu, anak sy jenis suka menangis dan suka berdukung.. Orang kate tk elok biarkan anak menangis tp anak sy akan berhenti menangis bila kita dah dukung die. Since dr situ die nk dukung jek.. Mcm mne nk buat, memandangkan sy tinggal seorg dgn baby, Husband keje jauh.

    ReplyDelete